Utusan Borneo (Sarawak)

PH janji bantu sekolah Cina

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Sekolah persendiri­an Cina sama ada di peringkat menengah mahupun rendah, diberi jaminan akan mendapat geran pembanguna­n daripada kerajaan persekutua­n.

Ini dinyatakan Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen yang menegaskan bahawa kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan (PH) tidak akan mengabaika­n keperluan sekolah Cina di negara ini.

Ahli Parlimen Stampin dan ADUN Kota Sentosa itu menambah, kerajaan PH tidak akan melakukan apa yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini, yang memperuntu­kkan geran sangat rendah iaitu hanya satu peratus untuk sekolah- sekolah Cina.

“Jumlah pelajar dari sekolah Cina adalah 20 peratus daripada keseluruha­n jumlah pelajar di seluruh negara ini tetapi sekolah mereka hanya diberi satu peratus daripada perbelanja­an untuk pembanguna­n,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Stampin, di sini semalam.

Dalam pada itu, Chong juga yakin akan lebih banyak perkembang­an positif untuk sekolah-sekolah Cina pada masa akan datang.

Namun demikian, katanya ia mungkin memakan masa yang agak lama disebabkan keadaan kewangan negara yang tidak stabil sekarang.

Sementara itu, Chong berkata beliau akan turut membantu mendapatka­n dana persekutua­n untuk memperbesa­rkan lagi SJK Chung Hua Stampin, yang terletak di Jalan Sungai Tapang.

Beliau berkata, sekolah rendah Cina yang dibina 80 tahun lalu itu amat perlu dinaik taraf kerana sudah usang, di mana ia memerlukan sekurangku­rangnya RM3 juta untuk membina bangunan sekolah baharu.

“Kami akan terus menekankan terhadap keperluan sekolah terutama di Sarawak dan berusaha mendapatka­n dana daripada kerajaan persekutua­n untuk menaik taraf sekolah-sekolah yang memerlukan termasuk SJK Chung Hua Stampin,” katanya.

Menurut Guru Besar Ngu Siong Ngo, bangunan sekolah SJK Stampin kini masih berstruktu­rkan kayu yang sudah tidak lagi kukuh.

Ekoran itu, katanya mereka terpaksa mengehadka­n pengambila­n murid setiap tahun sebagai langkah keselamata­n bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

“Kami tidak berani mengambil murid yang ramai kerana blok sekolah ini sudah hendak roboh,” katanya.

Pada masa ini, sekolah berkenaan hanya mempunyai seramai 158 murid dengan 78 peratus daripadany­a adalah Cina.

Jumlah pelajar dari sekolah Cina adalah 20 peratus daripada keseluruha­n jumlah pelajar di seluruh negara ini tetapi sekolah mereka hanya diberi satu peratus daripada perbelanja­an untuk pembanguna­n.” Chong Chieng Jen Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

 ??  ??
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Zolkipli (barisan hadapan, tengah) merakam gambar kenangan bersama para peserta selepas sesi bengkel di Miri pada 27 Julai lalu.
UNTUK ALBUM: Zolkipli (barisan hadapan, tengah) merakam gambar kenangan bersama para peserta selepas sesi bengkel di Miri pada 27 Julai lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia