Utusan Borneo (Sarawak)

Maklumat sekolah daif di Sarawak sudah dihantar kepada Kementeria­n Pendidikan

-

BAU: Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin menyangkal kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching bahawa Kementeria­n Pendidikan belum menerima maklumat terperinci mengenai sekolah daif di Sarawak.

Sebaliknya menurut Manyin, semua maklumat itu termasuk sekolah tanpa bekalan elektrik dan air terawat telah diserahkan kepada kementeria­n berkenaan ketika masih di bawah Barisan Nasional (BN) lagi.

“Ahli politik datang dan pergi tetapi pegawai yang bertanggun­gjawab ke atas perkara ini masih ada di sana dan Jabatan Pendidikan Sarawak telah menghantar semua maklumat tahun lepas.

“Daripada 1,454 sekolah di Sarawak, sebanyak 1,020 sekolah merupakan sekolah daif dengan 415 daripadany­a dalam keadaan kritikal daif yang mana tidak dapat dibaik pulih melainkan bina baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada upacara pengebumia­n mendiang Cikgu Catherine Janet Tiwi di Kampung Skio dekat sini kelmarin.

Tambah Manyin, sekolah selain sekolah daif, jabatan juga telah mengenal pasti 113 sekolah yang tidak jauh dari grid dan boleh disambung dengan grid tetapi masih menggunaka­n penjana kuasa.

Tetapi katanya, keseluruha­nnya terdapat 371 sekolah yang masih menggunaka­n penjana kuasa dengan 428 sekolah lagi tanpa bekalan air terawat.

“Semua ini telah diberikan kepada Kementeria­n Pendidikan dan sekarang Pakatan Harapan (PH) datang dan mereka sepatutnya bertanya kepada pegawai yang berkenaan.

“Jangan kata kami tidak berikan maklumat kepada mereka kerana Jabatan Pendidikan Sarawak telah serahkan semuanya.

“Saya berada di sana, kami berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri Julai tahun lepas dan kami berjumpa dengan Menteri Pendidikan tahun lepas pada bulan Julai tahun lepas ketika di bawah BN.

“Jadi kami berharap PH akan memegang janji mereka dan jangan datang sini dan kata kami tidak berikan maklumat kepada mereka sedangkan kami telah melaksanak­an tugas kami,” katanya.

Teo ketika ditemui pemberita di kediaman mendiang Catherine kelmarin, berkata kementeria­n tidak menerima laporan mengenai projek sakit melibatkan sekolah daif di Sarawak.

Sehubungan itu, beliau merancang untuk mengadakan mesyuarat mengenai perkara ini dengan Jabatan Pendidikan Sarawak.

 ??  ?? MANGSA LEMAS: Mayat mangsa yang telah dibungkus diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
MANGSA LEMAS: Mayat mangsa yang telah dibungkus diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia