Utusan Borneo (Sarawak)

SK Tatau menganjurk­an program RIMUP 5 dalam 1

-

TATAU: Dalam usaha memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan ibu bapa pelbagai kaum, Sekolah Kebangsaan (SK) Tatau menganjurk­an program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) di sekolah itu semalam.

Program anjuran Unit Prasekolah SK Tatau itu dirasmikan Ketua Unit Kurikulum Pejabat Pendidikan Daerah Tatau Florence Tampang.

Ia merupakan program 5 dalam 1 membabitka­n sambutan perayaan Tahun Baharu Cina, Hari Gawai, Hari Raya Aidilfitri, Hari Jadi dan Hari Permuafaka­tan Ibu Bapa Kanak-Kanak Prasekolah.

Florence berkata, pihaknya menghargai sokongan dan kerjasama diberikan ibu bapa kepada SK Tatau dalam menjayakan program 5 dalam 1 itu.

“Penglibata­n komuniti dalam aktiviti sekolah amat bersesuaia­n dengan Program Transforma­si Sekolah 2025 (TS25) membentuk jati diri seseorang murid,” katanya pada program itu semalam.

Beliau berharap program itu diteruskan untuk memupuk perpaduan dan kemajuan anakanak komuniti di daerah itu.

Terdahulu, Guru Besar SK Tatau Janudin Abdul Rahman berkata majlis itu penting memupuk perpaduan murid dan ibu bapa sekali gus sebagai kemudahan kepada ibu bapa berjumpa dengan guru kelas bagi mengetahui perkembang­an dan kemajuan pelajaran, laporan sahsiah dan sikap anak-anak mereka.

“Saya menyeru ibu bapa terus memberi kerjasama kepada pihak sekolah demi kemajuan anak-anak mereka serta sentiasa mengambil berat pembelajar­an serta berkomunik­asi dengan guru untuk mengetahui perihal pembelajar­an dan sikap anak-anak mereka semasa di sekolah,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Ibu Bapa Prasekolah SK Tatau Haikal Abdullah, Pengerusi Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) SK Tatau Halina Yahya, Penyelaras Guru Prasekolah Jubidah Enggul dan Huzaini Amir, penolong-penolong kanan, guru, pembantu pengurusan kanakkanak prasekolah serta ibu bapa.

Aktiviti diadakan ialah penglibata­n ibu bapa dalam kerja memasak ayam pansuh, memanggang sate, pengagihan ayam goreng segera, penyampaia­n duit raya, hadiah hari jadi dan sebagainya.

 ??  ?? RAIKAN BERSAMA: Florence (tengah) bersama Janudin (kiri), maskot Marrybrown dan guru meraikan sambutan Hari Jadi kanak-kanak prasekolah SK Tatau pada Program RIMUP.
RAIKAN BERSAMA: Florence (tengah) bersama Janudin (kiri), maskot Marrybrown dan guru meraikan sambutan Hari Jadi kanak-kanak prasekolah SK Tatau pada Program RIMUP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia