Utusan Borneo (Sarawak)

145 pelajar cemerlang SPM, STPM terima insentif STA

-

MIRI: Seramai 145 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia ( STPM) tahun lalu menerima Anugerah Kewangan Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA).

Ahli Lembaga Jawatankua­sa Tetap STA Dato Sri Law Kiu Kiong berkata, insentif tersebut diagihkan kepada pelajar cemerlang sebagai tanggungja­wab sosial korporat STA dalam pendidikan.

“Di Miri, STA akan mengagihka­n Anugerah Kewangan kepada 145 pelajar SPM dan STPM di mana masing-masing akan menerima wang tunai RM550 dan RM650,” katanya.

Teks ucapannya dibacakan oleh Dr Peter Kho pada Majlis Penyampaia­n Anugerah Kewangan kepada organisasi pendidikan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) biasiswa STA dan Daiken sini, semalam.

Ia adalah anjuran STA Mutual Sdn Bhd (STAM) yang merupakan anak syarikat STA bagi menggalakk­an dan memberi pengiktira­fan kepada pelajar yang cemerlang dalam peperiksaa­n SPM dan STPM.

“STAM juga telah bekerjasam­a dengan beberapa syarikat bagi mengenal pasti sekolah terutama di luar bandar yang perlu dibaik pulih.

“STAM telah memperuntu­kkan RM360,000 bagi tujuan menambah baik kemudahan sekolah seperti pejabat, bilik darjah, perpustaka­an dan sebagainya,” ujarnya.

Pada masa sama STAM katanya, turut membantu organisasi yang bukan bersifat mengaut keuntungan sebagai tanggungja­wab sosial korporat.

“September tahun lalu, STAM telah menyumbang RM1.07 juta kepada 19 badan kebajikan di Sarawak sebagai usaha memberi balik kepada masyarakat,” jelasnya.

Selain pelajar cemerlang SPM dan STPM, dua pelajar yang melanjutka­n pengajian ke Curtin University of Technology Sarawak masing-masing menerima biasiswa STA dan Daiken.

Sehingga kini, enam pelajar Sarawak mendapat tajaan biasiswa STA sementara tiga lagi menerima biasiswa Daiken untuk melanjutka­n pengajian di peringkat sarjana.

Turut hadir Pengarah merangkap Pengurus Operasi Daiken Miri Sdn Bhd Michiro Iwashita dan Timbalan Pro Canselor Curtin Malaysia Beena Giridharan.

 ??  ?? GANJARAN: Law (duduk, tujuh kiri) bersama pelajar cemerlang SPM dan STPM yang menerima Anugerah Kewangan STA di Miri semalam.
GANJARAN: Law (duduk, tujuh kiri) bersama pelajar cemerlang SPM dan STPM yang menerima Anugerah Kewangan STA di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia