Utusan Borneo (Sarawak)

Raja-Raja Melayu tubuh Jawatankua­sa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam

-

KUALA LUMPUR: Rajaraja Melayu berkenan menubuhkan Jawatankua­sa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam peringkat persekutua­n bagi tujuan penambahba­ikan institusi Islam di peringkat persekutua­n.

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam kenyataan semalam berkata jawatankua­sa tertinggi itu melibatkan lima anggota yang dipengerus­ikan Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Orang Kaya- kaya Imam Paduka Tuan (Perak) Datuk Dr Afifi al-Akiti sebagai timbalan.

Tiga anggota lain adalah Prof Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan, Datuk Nooh Gadot dan Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Kesemua mereka dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dengan perkenan Raja-raja Melayu yang bersidang pada 10 Julai lepas, menjelang Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-249.

Syed Danial berkata fungsi jawatankua­sa itu adalah bagi mengkaji kedudukan pengurusan hal ehwal Islam di peringkat persekutua­n, latar belakang penubuhan, bidang kuasa serta keberkesan­an agensi agama yang sedia ada termasuk agensi perundanga­n dan penghakima­n syariah di peringkat persekutua­n.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja merupakan urus setia kepada jawatankua­sa tertinggi tersebut.

Syed Danial berkata dalam menjalanka­n tugas-tugasnya, jawatankua­sa tertinggi itu akan menerima memorandum dan juga akan berbincang dengan pihak- pihak yang berkepenti­ngan termasuk mereka yang sudi dan sukarela menyampaik­an pendapat mereka.

“Penubuhan jawatankua­sa tertinggi ini dilihat selari dengan kedudukan Islam yang termaktub dalam Perkara 3 Perlembaga­an Persekutua­n. Usaha ini amat wajar kerana ia kekal menghormat­i prinsip dan bidang kuasa Raja-raja sebagai ketua agama Islam di negeri masing- masing, yang institusi agama terus ditambah baik demi mempertaha­nkan Islam, di samping terus menyebarlu­askan nilai-nilai kesejagata­n Islam di negara ini,” katanya.

Hasil kajian jawatankua­sa tertinggi itu akan dikemukaka­n kepada Majlis Raja-raja dengan cadangan penambahba­ikan bagi pentadbira­n dan pengurusan hal ehwal Islam di peringkat persekutua­n, agar ia berada di atas landasan yang betul. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia