Utusan Borneo (Sarawak)

MOHAMAD AZRUL DINOBAT ‘RAJA’ GOKART

Pelumba tuan rumah itu berjaya memperoleh­i 308 mata menakluki Litar Gokart Miri

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Mohamad Azrul dari Miri berjaya memperoleh­i jumlah kutipan 308 mata selepas dua hari perlumbaan muncul juara Kejohanan Gokart Miri 2018 bagi pusingan pertama berlangsun­g di Litar Gokart Miri di sini petang kelmarin.

Sementara itu Catherine Ting juga dari Miri memperoleh­i 280 mata muncul naib juara bagi kategori novice itu, sambil Awangku Muhamad Hazim Harith dari negara Brunei di tempat ketiga dengan kutipan 274 mata.

Menduduki tempat keempat ialah Khairul Azri dari Miri dengan 247 mata dan Pengiran Hazman Pengiran Jaludin dari Brunei ( 226 mata) di tempat kelima.

Bagi kategori senior, Ray Chang dari Taiwan berjaya memperoleh­i 250 mata untuk muncul juara manakala Wong Chuo Yap dari Miri memperoleh­i 215 mata berada di kedudukan naib juara.

Tempat ketiga jatuh kepada Shawn Tang dari Brunei (200 mata) manakala tempat keempat ialah Khairul Azwan dari Miri (185 mata) dan kelima ialah Mohd Dauddin dari Brunei (155 mata).

Bagi kategori veteran pula, Han Wee Yiau dari Miri muncul juara selepas memperoleh­i 250 mata manakala saingan terdekatny­a, Muhammad Khamry dari Brunei (215 mata) muncul naib juara.

Jonny Kwa juga dari Brunei ( 200 mata) di tempat ketiga sambil Lo Chiang Cheng (185 mata) dan Chang Le Kuan (170 mata) kedua- duanya dari Taiwan masing-masing berada di tempat keempat dan kelima.

Perlumbaan pertama ini berlangsun­g pada 28 dan 29 Julai lalu dan perlumbaan pusingan kedua iaitu Perlumbaan Hari Malaysia diadakan pada 15 dan 16 September depan dan final (pusingan ketiga) sempena musim monsun diadakan pada November tahun ini.

Seramai 30 pemandu gokart dari Australia, Taiwan, Brunei dan tuan rumah, Miri mengambil bahagian pada perlumbaan pertama ini.

Sementara itu, semua pemenang menerima piala masing-masing.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? TAHNIAH: Juara kategori novice, Mohamad Azrul (tengah) bersama Catherine (kedua) dan Awangku Muhamad Hazim (ketiga) bersama piala masing-masing.
TAHNIAH: Juara kategori novice, Mohamad Azrul (tengah) bersama Catherine (kedua) dan Awangku Muhamad Hazim (ketiga) bersama piala masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia