Utusan Borneo (Sarawak)

MALAM PENUTUPAN BCF 2018 PUKAU RIBUAN PENGUNJUNG

- Oleh Borhaniza Ali Basah

KEUNIKAN dan kepelbagai­an persembaha­n kebudayaan pada malam penutupan Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) 2018 berjaya memukau ribuan pengunjung yang membanjiri Dataran Bandar Sibu Fasa I, barubaru ini.

Kemeriahan dan warnawarni pesta itu bukan sahaja disaksikan oleh pengunjung tempatan, malah turut berjaya menarik kunjungan penduduk dari luar kawasan Sibu termasuk pelancong asing.

Pentas utama dihangatka­n dengan persembaha­n pertama daripada kumpulan Rockschool Band dengan nyanyian lagunya Sanggup Nganti dari album Taju Remaong.

Pentas akhir BCF seterusnya dimeriahka­n dengan persembaha­n sape yang dimainkan oleh pasangan adik-beradik iaitu Asyalynna Limang dan Angelynna Julan Kackery yang mendendang­kan tiga lagu iaitu Leleng, Datun Julud dan Love Song.

Tidak terhenti di situ sahaja, pentas akhir BCF diteruskan dengan persembaha­n memukau daripada Color of Indonesia yang mempersemb­ahkan tarian Papua Bettle Dance dan disusuli persembaha­n nyanyian penuh bertenaga oleh Tiong Suh Lee.

Kumpulan Bamboo Wood yang membuat persembaha­n seterusnya hadir dengan empat persembaha­n lagu bersama muzik tradisiona­l iaitu Kasorou Kopo Nangku Doho, Gurindam 12, Jambatan Tamparuli dan Pinggisama­n.

Para pengunjung terus disajikan dengan pelbagai persembaha­n kebudayaan yang unik antaranya tarian Cina dari SJK Su Lai, tarian kebudayaan Leko Dadok Kanjet Ajai dari Tandak Remang SMK Tatau, Hing Hua Opera dari Putian Cultural Group, persembaha­n artis Iban Fylix Francis dengan lagunya Nganti Nuan, dan tarian Inang Uda Dara dari kumpulan Akar Nanding SMK Pakan.

Pengunjung juga berpeluang menyaksika­n sendiri keunikan tarian kebudayaan Thailand iaitu Boronnakha­di yang dibawakan oleh Absolutely Thai dari Thailand.

Antara persembaha­n lain yang turut berjaya memukau pengunjung ialah Ja’Aram Tai yang membawakan lagu Bayu Ke Dua sebelum diteruskan dengan persembaha­n Street Dance oleh Danger Crew.

Keterujaan pengunjung diteruskan dengan persembaha­n bunga api sebagai simbolik penutupan BCF Edisi-15 2018.

Turut hadir Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Hii Chang Kee Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Datuk Tiong Thai King yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, Timbalan MPS Rogayah Jamain dan Residen Bahagian Sibu Charles Siaw.

 ??  ??
 ??  ?? PENUTUP: Barisan tetamu kehormat menyaksika­n pertunjukk­an bunga api. TERIMA KASIH: Abdul Karim (tiga kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat KTS Temenggung Dato Vincent Lau Lee Ming. Kumpulan Syarikat KTS merupakan salah sebuah syarikat yang menaja penganjura­n BCF 2018. LEMAH GEMALAI: Keunikan tarian kebudayaan Thailand iaitu Boronnakha­di yang dibawakan oleh Absolutely Thai antara persembaha­n yang berjaya mencuri tumpuan pengunjung. TRADISIONA­L: Pelajar SJK Su Lai mempersemb­ahkan tarian kebudayaan Cina.
PENUTUP: Barisan tetamu kehormat menyaksika­n pertunjukk­an bunga api. TERIMA KASIH: Abdul Karim (tiga kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat KTS Temenggung Dato Vincent Lau Lee Ming. Kumpulan Syarikat KTS merupakan salah sebuah syarikat yang menaja penganjura­n BCF 2018. LEMAH GEMALAI: Keunikan tarian kebudayaan Thailand iaitu Boronnakha­di yang dibawakan oleh Absolutely Thai antara persembaha­n yang berjaya mencuri tumpuan pengunjung. TRADISIONA­L: Pelajar SJK Su Lai mempersemb­ahkan tarian kebudayaan Cina.
 ??  ?? KEPELBAGAI­AN BUDAYA: Keunikan tarian Papua Bettle Dance oleh Color of Indonesia berjaya memukau para pengunjung di Dataran Bandar Sibu Fasa I.
KEPELBAGAI­AN BUDAYA: Keunikan tarian Papua Bettle Dance oleh Color of Indonesia berjaya memukau para pengunjung di Dataran Bandar Sibu Fasa I.
 ??  ?? TAMPIL UNIK: Ja’Aram Tai yang tampil pertama kali di Sibu membawakan lagu Bayu Ke Dua pada pentas utama BCF 2018.
TAMPIL UNIK: Ja’Aram Tai yang tampil pertama kali di Sibu membawakan lagu Bayu Ke Dua pada pentas utama BCF 2018.
 ??  ?? BERBAKAT BESAR: Asyalynna Limang dan Angelynna Julan mempersemb­ahkan petikan sape yang merdu.
BERBAKAT BESAR: Asyalynna Limang dan Angelynna Julan mempersemb­ahkan petikan sape yang merdu.
 ??  ?? PENUH GAH: Tandak Remang SMK Tatau mempersemb­ahkan tarian dengan penuh semangat.
PENUH GAH: Tandak Remang SMK Tatau mempersemb­ahkan tarian dengan penuh semangat.
 ??  ?? MEMUKAU: Tarian Inang Uda Dara dari kumpulan Akar Nanding SMK Pakan memukau hadirin.
MEMUKAU: Tarian Inang Uda Dara dari kumpulan Akar Nanding SMK Pakan memukau hadirin.
 ??  ?? DRAMA: Hing Hua dari Putian Cultural Group tampil dengan persembaha­n opera.
DRAMA: Hing Hua dari Putian Cultural Group tampil dengan persembaha­n opera.
 ??  ?? MEMPESONA: Pertunjuka­n bunga api menandakan berakhirny­a BCF 2018.
MEMPESONA: Pertunjuka­n bunga api menandakan berakhirny­a BCF 2018.
 ??  ?? BAKAT TEMPATAN: Artis Iban, Fylix Francis mendendang­kan lagunya.
BAKAT TEMPATAN: Artis Iban, Fylix Francis mendendang­kan lagunya.
 ??  ?? CANTIK: Penyanyi Suh Lee membawa lagu dalam bahasa Cina.
CANTIK: Penyanyi Suh Lee membawa lagu dalam bahasa Cina.
 ??  ?? UNIK: Bamboo Wood tampil dengan persembaha­n unik.
UNIK: Bamboo Wood tampil dengan persembaha­n unik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia