Utusan Borneo (Sarawak)

SNOWDAN INTIP ‘MEDAN PERTEMPURA­N’

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan mengetuai delegasi kontinjen SUKMA Sarawak menyertai taklimat oleh kerajaan negeri Perak.

Semasa sesi taklimat tersebut, Snowdan yang juga Ketua Kontinjen Sarawak pada SUKMA 2018 diberi taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sekretaria­t SUKMA Perak, Musa Dun.

Menurut Snowdan, tujuan menghadiri taklimat adalah untuk mengetahui perkembang­an terkini persiapan SUKMA XIX serta mengadakan lawatan kerja ke semua tapak dan venue acara-acara diadakan nanti.

“Kami perlu mengetahui cabaran seperti pengangkut­an, masa perjalanan, tempat penginapan, kemudahan sains sukan seperti fisioterap­i dan peralatan perubatan serta penempatan pusat sekretaria­t dan logistik kita di sana,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, adalah penting bagi semua penyusunan dibuat sebelum pertanding­an sebenar bermula memandangk­an Sarawak menghantar kontinjen terbesar dengan seramai 700 atlet berserta jurulatih, pegawai dan media.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Sukan Sarawak (PSS), Dr Ong Kong Swee dan pegawaipeg­awai Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS).

Hadir sama Exco Pembanguna­n Sumber Manusia, Belia dan Sukan Perak Howard Lee dan Pengarah Jabatan Pemetaan dan Survei Perak, Suhaimi Rashidi bertindak selaku Bapa Angkat kontinjen Sarawak.

Snowdan turut diberi taklimat mengenai kawasan-kawasan di 39 venue acara sukan yang terletak di 12 daerah berbeza di Perak.

SUKMA XIX dijadualka­n bermula pada 6 hingga 22 September depan dengan majlis pembukaan bakal dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah Sultan Azlan Muhibbuddi­n Shah pada 11 September depan.

Kami perlu mengetahui cabaran seperti pengangkut­an, masa perjalanan, tempat penginapan, kemudahan sains sukan seperti fisioterap­i dan peralatan perubatan serta penempatan pusat sekretaria­t dan logistik kita di sana. Datuk Snowdan Lawan Menteri Muda Belia dan Sukan

 ??  ??
 ??  ?? TAKLIMAT: Snowdan (duduk tengah) bersama Ong (duduk kiri), pegawai PSS, MSNS dan kakitangan kerajaan negeri Perak semasa sesi taklimat dan lawatan di Perak.
TAKLIMAT: Snowdan (duduk tengah) bersama Ong (duduk kiri), pegawai PSS, MSNS dan kakitangan kerajaan negeri Perak semasa sesi taklimat dan lawatan di Perak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia