Utusan Borneo (Sarawak)

Enam finalis Bintang Kecil rebut tiga tempat terbaik

- Oleh Jessica Jawing

Bintang Kecil Zon Sarawak 2018 akan menyaksika­n enam finalis bakal berentap sesama mereka pada malam Sabtu ini bermula jam 8.30 malam di Auditorium P.Ramlee RTM Kuching.

Enam finalis itu adalah mereka yang berjaya di setiap zon iaitu Nor Mohamed Muzaid (11 tahun), Puteri Nurnasuha Yahya (9 tahun), Syayid Afi Jamin (11 tahun), Mayshelly Dviveoly Markury (11 tahun), Eva Chung Jie (11 tahun) dan Nurul Ain Nabila Abdul Latip (10 tahun).

Penolong Pengarah Seksyen TV, Erma Kartika Zaini berkata, selain secara langsung di auditorium, pertanding­an juga disiarkan secara langsung menerusi stesen radio SARAWAKfm dan juga secara online di www.rtmsarawak.gov. my/SARAWAKfm.

“Setiap peserta akan membawa dua buah lagu iaitu satu lagu Bahasa Melayu dan satu Bahasa Inggeris dan pada peringkat Zon Sarawak kita akan memilih tiga terbaik.

“Tiga terbaik akan mewakili Sarawak di peringat kebangsaan yang akan diadakan pada 1 Disember 2018 di Stadium Perpaduan di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang dihadiri Penolong Pengarah Berita Hal Ehwal Semasa RTM Marill Chunggat dan urus setia program, Zainorin Suut di Auditorium Kecil RTM di sini, semalam.

Tambah Erma, memandangk­an ruang yang agak terhad di Auditorium P.Ramlee semasa pertanding­an peringkat Zon Sarawak, pihak penganjur akan menyediaka­n skrin LED di perkaranga­n RTM.

Ia bagi membolehka­n penonton yang tidak dapat masuk ke dalam auditorium dapat menyaksika­n pertanding­an berkenaan.

Sementara itu Marill berkata, enam finalis dari setiap zon berkenaan antara yang layak selepas uji bakat di seluruh negeri.

“Seramai 119 orang peserta dari pelbagai kaum telah menghadiri uji bakat Bintang Kecil RTM.

“Penilaian akhir telah diadakan pada 21 Jun 2018 di RTM Kuching bagi memilih enam peserta terbauk Bintang Kecil Zon Sarawak 2018,” katanya.

Beliau berkata, tahun ini merupakan tahun ke-32 Bintang Kecil diadakan di peringkat Zon Sarawak.

“Ia bertujuan mengasah bakat kanak-kanak dalam bidang seni suara, memupuk sikap keyakinan diri kanak-kanak, memupuk semangat perpaduan antara kaum bermula dari peringkat kanak-kanak,” katanya.

Manakala Zainorin berkata, penonton yang datang ke pertanding­an bakal membawa pulang hadiah menarik menerusi tiket cabutan.

“Tiket akan diagihkan kepada penonton semasa masuk ke auditorium dan mereka akan mendapatka­nya di pintu masuk,” katanya.

Pertanding­an bagi peringkat Zon Sarawak berlangsun­g selama satu jam setengah dan akan diceriakan Anding sebagai pengacara. Turut memeriahka­n program adalah dua artis jemputan iaitu Camaiellya Edward atau Cammy pemenang tempat ketiga kemuncak Bintang Kecil 2017 dan Asad Motawh, merupakan penyanyi dan penulis lagu di Malaysia.

 ??  ??
 ??  ?? BERENTAP:Erma (belakang kiri), Marill (belakang dua kanan) dan Zainorin (belakang kanan) beraksi selepas sidang media bersama enam finalis Bintang Kecil Zon Sarawak yang bakal berentap pada malam Sabtu ini.
BERENTAP:Erma (belakang kiri), Marill (belakang dua kanan) dan Zainorin (belakang kanan) beraksi selepas sidang media bersama enam finalis Bintang Kecil Zon Sarawak yang bakal berentap pada malam Sabtu ini.
 ??  ?? ANDING
ANDING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia