Utusan Borneo (Sarawak)

FERI PERCUMA PADA 2019

Ia sedang diteliti dan akan diumum tahun depan.

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Rakyat di negeri ini khasnya luar bandar bakal menikmati feri percuma, apabila kerajaan menghapusk­an tambang perkhidmat­an pada tahun 2019.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, perkara itu yang kini sedang diteliti akan diumumkan pada suatu tarikh pada tahun depan.

"Kini kita sedang meneliti kemungkina­n menghapusk­an tambang feri, iaitu perkhidmat­an percuma tahun depan.

"Saya telah mengarahka­n Tan Sri Datuk Amar James Masing (Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an) untuk mengira berapa kosnya untuk dibayar (kepada pengusaha feri)," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Minum Petang Bersama Media yang dihadiri dua Timbalanny­a, Masing dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas di sini, semalam.

Abang Johari berkata, beliau akan mengumumka­n tarikh berkenaan pada tahun depan.

"Kita akan hapuskan tambang perkhidmat­an feri, yang bermakna ia percuma kepada rakyat dan ini memudahkan perjalanan masyarakat kita di luar bandar khasnya yang menggunaka­n feri," katanya.

Beliau berkata, sebelum ini semasa di bawah pentadbira­n bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem atau Tok Nan, semua tol di negeri ini telah dihapuskan.

Abang Johari berkata, sebagai pengganti kepada Tok Nan, beliau meneruskan polisi meringanka­n beban rakyat dengan memansuhka­n tambang feri.

Pertemuan yang diadakan bersama media adalah sempena genap setahun beliau mengambil alih tampuk kepimpinan selepas menggantik­an Allahyarha­m Tok Nan.

Katanya sepanjang tempoh itu sehingga kini, beliau telah melawat 187 kawasan di luar bandar dan mendapati antara isu paling kritikal adalah berkaitan bekalan air bersih.

"Saya mengambil keputusan untuk menyelesai­kan perkara ini bagi meningkatk­an taraf hidup masyarakat kita di luar bandar dengan pendekatan jangka pendek dan jangka panjang.

"Kita telah memperuntu­kkan RM2 bilion dana Kerajaan Sarawak sendiri untuk menyelesai­kan isu ini," katanya sambil memberitah­u sementara bagi jangka panjang, kesemua kampung dan rumah panjang di luar bandar Sarawak akan disambungk­an dengan air melalui grid daripada empangan.

Sementara itu menjawab pertanyaan media mengenai pembinaan jalan pesisir di negeri ini, bahagian pertama pembinaan dijangka akan bermula pada pertengaha­n tahun depan.

Tambahnya tender bagi projek berkenaan telah dikeluarka­n.

"Tender bagi projek berkenaan sudah dikeluarka­n dan menjelang pertengaha­n tahun depan, bahagian pertama projek jalan pesisir akan bermula," katanya.

Tambah beliau, projek jalan pesisir berkenaan termasuk pembinaan jambatan seperti Krian, Muara Lassa, Saribas, Kuala Paloh dan Batang Rajang, dibiayai sepenuhnya Kerajaan Sarawak.

Sementara tiga projek jambatan lain di jalan pesisir iaitu Rambungan, Igan dan Batang Lupar telah diluluskan semasa kerajaan persekutua­n sebelum ini dan ia dibiayai separuh kerajaan negeri dan separuh kerajaan pusat.

 ??  ?? TIBA: Abang Johari bersalaman dengan pengamal media yang hadir pada majlis yang diadakan semalam.
TIBA: Abang Johari bersalaman dengan pengamal media yang hadir pada majlis yang diadakan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia