Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK DIRAMAL TIDAK DILANDA JEREBU TERUK

-

KUCHING: Sarawak diramal tidak dilanda jerebu rentas sempadan yang teruk dari Kalimantan pada tahun ini.

Kontroler Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Peter Sawal berkata ia disebabkan perubahan arah tiupan angin dari Kalimantan ke negeri ini, selain faktor cuaca dan kegiatan pembakaran terbuka yang berkuranga­n.

“Daripada pemantauan yang kami lakukan setakat ini, aliran tiupan angin dari Kalimantan adalah berubah dalam satu hingga dua minggu dan ini tidak akan membawa jerebu dari wilayah berkenaan kepada kita.

“Selain itu, cuaca di sana juga akan lebih kurang sama seperti kita iaitu tidak terlalu kering dan titik panas daripada pembakaran terbuka juga kurang, di mana ini mungkin hasil daripada komitmen kerajaan Indonesia dalam mengawal kegiatan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena taklimat berkaitan jerebu, kualiti udara, titik panas dan penguatkua­saan alam sekitar di ibu pejabat NREB, Menara Pelita di sini semalam.

Turut hadir Pemangku Penolong Kontroler Kanan NREB Rahmah Biak, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Operasi) Jabatan Alam Sekitar Sarawak Amirul Aripin dan Timbalan Pengarah Penguatkua­saan Unit Keselamata­n dan Penguatkua­saan Negeri Datuk Mohamad Morshidi Mustapha.

Selain itu bagi mengelakka­n berlaku pencemaran udara akibat pembakaran terbuka di negeri ini, Peter berkata NREB juga telah menghentik­an pengeluara­n permit untuk kegiatan tersebut dijalankan pada masa ini.

Katanya setakat Julai, NREB telah mengeluark­an sebanyak 38 permit pembakaran terbuka kepada syarikat-syarikat perladanga­n.

 ??  ?? DI SINI: Pegawai NREB menunjukka­n lokasi titik panas yang dikesan di beberapa bahagian di Sarawak.
DI SINI: Pegawai NREB menunjukka­n lokasi titik panas yang dikesan di beberapa bahagian di Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia