Utusan Borneo (Sarawak)

Dua mangsa ditipu kenalan media sosial

-

SIBU: Sudah banyak kali laporan kes tipu terpampang di dada akhbar namun masih ada yang terpedaya dengan tipu muslihat kenalan media sosial.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata beliau kerap memberi nasihat kepada orang ramai terutama mereka yang gemar melayari media sosial.

“Saya sudah banyak menasihati orang awam supaya tidak melayan panggilan daripada orang tidak dikenali dan membuat semakan terlebih dahulu daripada pihak terbabit sebelum membuat sebarang pemindahan wang dengan jumlah besar,” katanya.

Kali ini, dua lagi kakitan- gan dalam bidang perubatan kerugian RM21,000 dan RM8,000 masing-masing.

Dalam kes pertama, mangsa yang berusia 30 tahun, seorang pembantu perubatan wanita dijanjikan hadiah hari jadi oleh seorang kenalan Facebook yang dikenali sejak Jun lalu.

Stanley berkata, mangsa menerima panggilan telefon daripada seseorang mengakui sebagai ejen penerima satu bungkusan dituju kepada mangsa.

Katanya, ejen itu menyatakan bahawa bungkusan itu ditahan kerana mengandung­i baju, kasut dan wang tunai.

“Mangsa diarahkan oleh ejen itu membayar sejumlah wang sebelum bungkusan itu dihantar kepadanya,” kata beliau.

Tanpa usul periksa, mangsa membuat empat transaksi pemindahan wang ke satu nombor akaun berjumlah RM21,000 di sebuah bank di Jalan Tuanku Osman di sini pada 25 dan 26 Julai lalu.

Bagaimanap­un, mangsa berasa tertipu apabila sekali lagi diminta memasukkan wang berjumlah RM3,000.

Menurut Stanley, suspek memperdaya mangsa memasukkan wang ke akaun bagi kiriman hadiah tidak wujud.

Sementara itu, dalam kes kedua seorang pengurus makmal lelaki, berusia 38 tahun, juga terpedaya selepas teruja dengan pulangan dijanjikan oleh sebuah syarikat pelaburan atas talian melalui Facebook.

Katanya, mangsa membuat pemindahan wang berjumlah RM5,000 ke satu akaun bank pada 28 Julai lalu.

Menurutnya, mangsa membayar RM3,000 kononnya sebagai yuran pengeluara­n wang antarabang­sa sebelum dijanjikan pulangan sejumlah RM10,000 dimasukkan ke akaun mangsa.

Mangsa akhirnya tersedar dirinya ditipu apabila diarahkan membayar RM5,200.

“Suspek memperdaya mangsa melabur dalam satu skim pelaburan yang sememangny­a tidak wujud,” kata Stanley.

Kedua- dua kes disiasat mengikut Seksyen 429 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia