Utusan Borneo (Sarawak)

Motosikal bertembung, remaja lelaki nyaris maut

-

SRI AMAN: Seorang remaja lelaki nyaris maut setelah motosikal ditunggang­nya bertembung dengan sebuah motosikal lain dari arah bertentang­an dalam kemalangan di Kilometer 8, Jalan Sri Aman-Lingga di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian berlaku sekitar jam 8 malam itu, remaja dikenali Julian Atkinso Liyan, 20, dipercayai dalam perjalanan dari Kejatau ke pasar Sri Aman.

Manakala sebuah lagi motosikal dari arah bertentang­an dari arah pasar Sri Aman menuju ke Kejatau ditunggang remaja lelaki melanggar mangsa dari arah hadapan.

Berikutan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian kaki, tangan dan muka.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sri Aman Siti Huzaimah Ibrahim berkata pihaknya dimaklumka­n oleh orang awam mengenai kejadian itu sekitar jam 8.26 malam.

“Bertindak atas maklumat, seramai tiga anggota APM Sri Aman berserta sebuah ambulans bergegas ke lokasi kejadian untuk memberi rawatan awal kepada mangsa.

“Setibanya anggota kami di lokasi kejadian didapati mangsa terbaring di tepi jalan raya manakala seorang lagi mangsa bertembung dengan motosikal mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk manakala motosikal seorang lagi remaja tidak mengalami sebarang kerosakan.

Dalam pada itu, mangsa dirujuk ke Hospital Sri Aman dengan menggunaka­n ambulans APM Sri Aman untuk mendapatka­n rawatan lanjut.

 ??  ?? BANTUAN: Anggota APM Sri Aman memberi bantuan awal kepada mangsa sebelum dirujuk ke Hospital Sri Aman.
BANTUAN: Anggota APM Sri Aman memberi bantuan awal kepada mangsa sebelum dirujuk ke Hospital Sri Aman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia