Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki dihadap ke mahkamah atas tuduhan memiliki dadah

-

MIRI: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan memiliki dadah berbahaya jenis methamphet­amine.

Yee Wen Wei, 43, didakwa mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Akta 234) dan dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta sama.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun serta boleh disebat tidak kurang daripada tiga kali dan tidak melebihi sembilan kali sebatan.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh sebagai seorang bukan diberi kuasa di bawah ADB 1952, didapati memiliki sembilan peket plastik kecil disyaki mengandung­i dadah berbahaya jenis methamphet­amine berat kasar 5.15 gram.

M e t h a m p h e t a m i n e merupakan satu item terkandung dalam Bahagian III Jadual Pertama ADB 1952 (Semakan 2001).

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 10.30 pagi, 26 Julai lalu di sebuah rumah di Lorong 8 Krokop di sini.

Terdahulu, pegawai pendakwa ASP Mary Ong memohon ditetapkan satu tarikh baharu sebutan lanjut sementara menunggu laporan kimia berhubung barang kes disiapkan.

Penolong Kanan Pendaftar Md Syafique Md Hilmie membenarka­n permohonan itu dan menetapkan 29 Ogos ini untuk sebutan lanjut kes.

Manakala tertuduh dibenarkan dibebas dengan jaminan RM2,900 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia