Utusan Borneo (Sarawak)

10 pemandu lori mengaku bersalah bermain judi haram

-

Seramai 10 pemandu lori masing-masing didenda RM1,000 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini setelah mengaku bersalah bermain judi haram.

Mahkamah turut mengeluark­an waran tangkap kepada lapan tertuduh lain yang merupakan tertuduh kelima hingga ke-12 kerana gagal hadir sebutan kes semalam.

Mahkamah kemudian me- merintahka­n waran tangkap tersebut dikembalik­an pada 13 Ogos ini.

Semua tertuduh berusia 40-an hingga 65 tahun didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang boleh membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua- duanya jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, semua tertuduh didapati ber- main judi haram jenis ‘Jin Rummy’.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu jam 1.45 petang pada 22 Julai lalu di sebuah bangunan persatuan Jalan Miri-Pujut di sini.

Semasa tangkapan dilakukan, polis turut merampas pelbagai barang termasuk peralatan perjudian, empat meja, 18 kerusi, dua papan tanda catatan pertaruhan dan wang tunai RM5,135 untuk dijadikan barang kes.

Di hadapan mahkamah, semua tertuduh merayu hukuman diringanka­n memandangk­an ini adalah kesalahan pertama mereka.

Tambahan semasa kejadian, semua ahli persatuan mengadakan mesyuarat dan sesi perjumpaan sempena meraikan Hari Kemerdekaa­n Sarawak.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia