Utusan Borneo (Sarawak)

Pengurusan hutan, industri berasaskan kayu diperkukuh

Sarawak perlu lihat semula dasar, ordinan sedia ada untuk tangani isu hutan di peringkat tempatan, global

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Sarawak perlu melihat semula dasar-dasar dan ordinan-ordinan sedia ada untuk memperkuku­hkan lagi pengurusan hutan dan industri berasaskan kayu kita.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata perubahan dasar itu perlu untuk membolehka­n Kerajaan Sarawak menangani isu-isu dihadapi hutan sama ada di peringkat tempatan atau global.

Menurutnya antara dasardasar yang perlu dikaji semula dan akan diperkenal­kan ialah Dasar Hutan Sarawak, Pensijilan Pengurusan Hutan, Pembanguna­n Hutan Ditanam Atau Industri, Pelan Pembanguna­n Industri Kayu, Bahan Mentah Untuk Industri Kayu dan Hasil Hutan terutama cukai daripada produk-produk hiliran.

Beliau berkata draf dasardasar ini pada peringkat akhir perbincang­an sebelum ia disahkan.

“Kerajaan Sarawak komited memastikan hutan dan sumber-sumber hutan kita diurus secara mapan malah hakikatnya dasar-dasar hutan yang baik telah dilaksana sejak 1954 bagi memastikan hutan di negeri ini tidak musnah akibat pembanguna­n dan pemodenan.

“Bagaimanap­un kini pengurusan hutan di negeri ini semakin mencabar ekoran pertumbuha­n sosioekono­mi yang pesat, menuntut lebih banyak kawasan untuk pembanguna­n dan persaingan penggunaan tanah serta penceroboh­an ke atas Estet Hutan Kekal (PFE),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Persidanga­n Hutan Malaysia (MFC) Ke-18 di sebuah hotel di sini semalam.

Abang Johari berkata selari dengan perubahan dasar berkenaan, Kerajaan Sarawak memutuskan pemilikan Pensijilan Pengurusan Hutan (FMC) adalah mandatori untuk semua lesen pembalakan hutan jangka panjang di negeri ini pada 2022.

“Sebelum ini FMC hanya secara sukarela tetapi peningkata­n keprihatin­an masyarakat tempatan dan global terhadap isu alam sekitar, pensijilan pengurusan hutan menjadi keperluan utama pembeli untuk memastikan produk kayu berasal dari hutan yang diurus secara lestari.

“Ia juga menjadi kepentinga­n utama bagi persekitar­an dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasaskan sosial,” katanya.

Pada persidanga­n itu, Abang Johari mengucapka­n tahniah kepada tiga Unit Pengurusan Hutan (FMU) Sarawak iaitu FMU Anap Muput atas kejayaanny­a mengekalka­n pensijilan­nya dan dua lagi iaitu FMU Ravenscour­t dan FMU Kapit.

Beliau turut menghargai pencapaian Unit Pengurusan Perladanga­n Hutan (FPMU) iaitu Segan, Lana, Masama, Penyuan dan Kejin Long Lama kerana berjaya memperoleh Pensijilan­an Pengurusan Hutan (Ladang).

“Saya berharap FMU-FMU yang lain akan mengikut jejak langkah FMU yang telah berjaya ini,” katanya.

Mengenai kepentinga­n penggunaan teknologi untuk meningkatk­an lagi pengurusan hutan secara lestari di negeri ini, beliau berkata satu portal perkhidmat­an yang menyediaka­n maklumat terkini mengenai hutan perlu dibangunka­n seperti di Finland.

Menurutnya portal perkhidmat­an itu menyediaka­n maklumat terkini mengenai hutan, stok, jenis tanah dan mencadangk­an kaedah pembalakan atau aktiviti-aktiviti pengurusan hutan yang lain bagi sesuatu kawasan serta menyediaka­n pendapatan berkaitan dan anggaran kos.

“Sebagaiman­a industri lain, sistem maklumat salah satu teknologi yang memberi impak besar dalam operasi mereka, begitu juga dengan pengurusan hutan.

“Pengurusan hutan lestari memerlukan maklumat yang tepat dan segera, dengan kemajuan teknologi, maklumat ini sudah ada dan dapat diperoleh di hujung jari,” katanya.

Selain itu beliau berkata teknologi dapat menawarkan pendekatan lebih pragmatik dalam pemulihara­an biodiversi­ti seperti menjejak serta memantau hidupan liar.

“Kita berusaha terus mengikut perkembang­an teknologi terkini dalam bidang perancanga­n hutan, pemantauan dan penguatkua­saan.

“Dron misalnya, digunakan secara meluas dalam kerjakerja pemantauan dan peninjauan terutama di kawasa yang akses terhad,” jelasnya.

Beliau menambah, teknologi geospatial berkemampu­an mengambil, menyimpan, menganalis­is dan memaparkan maklumat dirujuk secara geografi dalam masa nyata.

“Memandangk­an negara kita terlibat dalam banyak persidanga­n antarabang­sa dan perjanjian alam sekitar, data mengenai hutan dan penggunaan lain tanah perlu direkodkan secara berkala.

“Semua ini dapat dilakukan dengan bantuan teknologi. Pada skala lebih besar Sarawak telah memulakan perkongsia­n maklumat menerusi ‘big data’ bagi membolehka­n penyelaras­an lebih baik antara agensiagen­si Kerajaan Sarawak,” ujarnya.

Pada majlis itu juga Abang Johari melancarka­n Sistem Pendapatan Hutan dan Pengesanan Balak Sarawak (REVLOG) 2.0, satu aplikasi mudah alih yang membolehka­n pemantauan pada masa nyata ke atas hutan, kilang berlesen, penuaian, pergerakan pengesahan kayu balak, pendapatan dan bil serta eksport kayu.

REVLOG diperkenal­kan pada 2013 dan digunakan untuk mengambil, merekod dan memantau perincian kayu balak ditebang operator-operator berlesen, jumlah kayu balak yang dikenakan royalti dan pergerakan kayu balak.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, Pengarah Jabatan Hutan Sarawak Hamden Mohamad dan Timbalan Pengarah Pertubuhan Kayu Tropika Antarabang­sa (ITTO) Jepun S. Satkuru.

Kerajaan Sarawak komited memastikan hutan dan sumber-sumber hutan kita diurus secara mapan malah hakikatnya dasar-dasar hutan yang baik telah dilaksana sejak 1954 bagi memastikan hutan di negeri ini tidak musnah akibat pembanguna­n dan pemodenan. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ??  ?? BERKUALITI: Abang Johari melihat anak pokok kayu balak yang berkualiti tinggi yang dipamerkan sempana Majlis Perasmian MFC ke-18 semalam. Turut kelihatan Len Talif (kiri).
BERKUALITI: Abang Johari melihat anak pokok kayu balak yang berkualiti tinggi yang dipamerkan sempana Majlis Perasmian MFC ke-18 semalam. Turut kelihatan Len Talif (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia