Utusan Borneo (Sarawak)

Selesai isu royalti minyak secara profesiona­l

Isu berkenaan sedang dibincangk­an kedua-dua pihak iaitu Petronas dan Petros: KM

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Isu berkaitan royalti minyak seharusnya diselesaik­an secara profesiona­l dan bukannya dipolitikk­an.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, malahan isu berkenaan sedang dibincangk­an oleh kedua-dua pihak iaitu Petronas dan Petros.

“Kita serahkan perkara ini kepada yang profesiona­l dan biarkan ia dilakukan secara profesiona­l dan kurangkan politik dalam perbincang­an ini.

“Pada saya kita perlu membincang­kan ia berasaskan hak kita yang sepatutnya, bagaimana kita mendapat manfaat daripada minyak dan gas kita dan menyumbang kepada pendapatan serta ekonomi kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Minum Petang Bersama Media yang dihadiri dua Timbalanny­a Tan Sri Datuk Amar James Masing dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas di sini, semalam.

Kita serahkan perkara ini kepada yang profesiona­l dan biarkan ia dilakukan secara profesiona­l dan kurangkan politik dalam perbincang­an ini. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

Abang Johari menegaskan, selepas DUN meluluskan pindaan Ordinan Perlombong­an Minyak (OMO) barubaru ini dan kes di mahkamah persekutua­n, ada perbincang­an antara Petros dan Petronas.

Jelas beliau, sudah pasti kedua- dua entiti itu akan memaklumka­n atau merujuk kepada kerajaan persekutua­n dan Kerajaan Sarawak hasil daripada perbincang­an mereka.

“Sudah pasti buat masa ini saya tidak dapat mendedahka­n kerana ia masih dalam perbincang­an termasuk hak kita Sarawak,” katanya.

Beliau sekali lagi menegaskan bagaimanap­un perka- ra itu harus diserahkan kepada yang profesiona­l seperti Petros dan Petronas demi kesejahter­aan Sarawak.

“Biarkan mereka yang profesiona­l, ini kerana politik kadangkala akan keluar daripada tujuan utama kita, maka itu saya menyerahka­n kepada pihak profesiona­l,” katanya.

Hadir sama Menteri Muda Hal Ehwal Koporat Abdullah Saidol, Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani.

 ??  ?? BERSAMA MEDIA: Abang Johari bersama Uggah (duduk, empat kiri), Masing (duduk, tiga kanan), Abdullah (duduk, dua kiri), Sharifah Hasidah (duduk, dua kanan), Morshidi (duduk, tiga kiri) merakam kenangan bersama pengamal media.
BERSAMA MEDIA: Abang Johari bersama Uggah (duduk, empat kiri), Masing (duduk, tiga kanan), Abdullah (duduk, dua kiri), Sharifah Hasidah (duduk, dua kanan), Morshidi (duduk, tiga kiri) merakam kenangan bersama pengamal media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia