Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak tetap dengan pendirian mesra kerajaan persekutua­n

-

KUCHING: Sarawak tetap dengan pendirian untuk mesra kerajaan persekutua­n, Pakatan Harapan (PH) dalam mengukuhka­n kerjasama untuk membangunk­an negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, walaupun dari segi politk Sarawak tidak dapat mengikut rentak PH, tetapi dari segi dasar ia akan dipertimba­ngkan.

“Kita akan bekerjasam­a baik dengan kerajaan Pakatan dan apa sahaja dasar yang membawa kesan baik kepada Sarawak akan kita sambut baik.

“Namun jika ia tidak kita tidak akan menyokong… tetapi dari segi politik kita tidak akan menyertai PH dan sehingga kini hubungan kedua- dua kerajaan amat baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Minum Petang Bersama Media yang dihadiri dua Timbalanny­a Tan Sri Datuk Amar James Masing dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas di sini, semalam.

Tambah Abang Johari, malahan berdasarka­n lawatan daripada menterimen­teri kerajaan pusat sehingga kini, mereka terbuka dengan permintaan Kerajaan Sarawak.

Selain itu katanya, kerajaan pusat ditadbir PH yang sebelum ini di bawah Barisan Nasional, kini masih dalam tempoh peralihan kuasa.

“Kita bagi mereka masa agar lebih adil untuk mereka meneliti semua dan kita faham mereka kerajaan baharu yang masih dalam tempoh peralihan.

“Apapun kita mempunyai hubungan baik dengan mereka dan akan terus mengekal- kan kerjasama ini pada masa akan datang walaupun kita berbeza dari segi politik,” katanya.

Sarawak kata Abang Johari, akan terus memperjuan­gkan haknya dan terus akan membangkit­kan isu dalam sidang dewan dengan cara yang baik.

Semalam lebih 100 pengamal media mewakili agensi masing-masing menghadiri majlis jamuan minum petang sempena genap setahun enam bulan beliau memegang tampuk kepimpinan negeri.

Hadir sama Menteri Muda Hal Ehwal Korporat Abdullah Saidol, Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia