Utusan Borneo (Sarawak)

Chong, Baru hanya berpolitik, bukan tangani isu pemilikan minyak, gas: Soo

-

KUCHING: Presiden Parti Reformasi Negeri (STAR) Sarawak Lina Soo menyifatka­n tawaran Perjanjian Baharu Pakatan Harapan ( PH) untuk mengekalka­n royalti minyak dan gas negeri sebanyak lima peratus dan tambahan 20 peratus keuntungan minyak sebagai berani dan taktik mengaburi mata.

Berikutan pengumuman mengenai formula baharu ‘5-plus-20’ oleh Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen pada Isnin, Soo juga tertanya-tanya apakah kapasiti Ahli Parlimen Stampin itu dan Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Baru Bian meminda janji pilihan raya parti berkaitan royalti minyak.

“Adakah YB Chong dan YB Baru mewakili Perdana Menteri, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Menteri Kewangan dan Petronas atau mereka bertindak sebagai pegawai perhubunga­n di antara kerajaan persekutua­n dan negeri?” soal beliau dalam kenyataann­ya semalam.

Soo mendakwa keputusan sedemikian oleh pemimpinpe­mimpin PH Sarawak seperti membantu Petronas menutup perbuatann­ya yang melanggar hak terhadap sumber minyak dan gas Sarawak.

Beliau juga mempersoal­kan mengapa Pakatan itu mendakwa untuk mendapatka­n 20 peratus royalti minyak dalam pengeluara­n sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kini boleh mengubah apa yang telah mereka janjikan kepada 20 peratus atas keuntungan itu sedangkan Kerajaan Sarawak membayar pendidikan dan penjagaan kesihatan yang sepatutnya berada di bawah kerajaan persekutua­n.

“Urus niaga baharu yang dipinda PH adalah ‘ tidak ada urusan’. YB Chong dan YB Baru sedang bermain politik dan menggunaka­n strategi sumber Sarawak bagi mengalih pandangan daripada menangani isu sebenar mengenai pemilikan minyak dan gas Sarawak itu, “katanya.

Mengenai perkara yang berkaitan, Soo menegaskan bahawa kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru- baru ini mendakwa bahawa royalti minyak perlu ditetapkan pada 20 peratus keuntungan bersih untuk membantu industri petroleum Malaysia daripada terkubur adalah berita baik kepada Sarawak sebagai negara dapat menguruska­n sumber petroleum sendiri, yang telah dilakukan sejak minyak pertama kali ditemui di Miri pada 1910.

“Petronas tidak diperlukan untuk Sarawak dan kerajaan tidak perlu mendengar janji dan cakap kosong daripada pemimpin PH untuk menahan Sarawak daripada menjadi tebusan ke atas sumber semula jadi milik wilayah kita,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia