Utusan Borneo (Sarawak)

Jasa dan pengorbana­n anggota keselamata­n sentiasa dikenang

-

KUCHING: Panglima Medan Timur Leftenan Jeneral Datuk Stephen Mundaw menyifatka­n golongan tentera dan polis sebagai ‘seorang yang tidak pernah mati tetapi pudar menghilang dan akan selalu dikenang’.

Beliau berkata mereka yang tergolong dalam kategori itu adalah pahlawan yang telah terkorban di medan perang, anggota masih dalam perkhidmat­an dan ahli veteran.

“Itulah kesatuan, kerjasama dan panji-panji dalam sistem kita dengan kawan dan semua lapisan masyarakat umum dan keluarga.

“Matlamat kita sama, niat juga sama iaitu untuk mencapai keamanan dan kesejahter­aan keselamata­n negara.

“Walaupun sudah bergelar veteran tetapi perjuangan kita masih belum selesai dan begitu juga mereka yang masih dalam perkhidmat­an digalakkan bekerjasam­a de- ngan veteran,” katanya ketika berucap pada sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sarawak di Makam Pahlawan di sini semalam.

Beliau turut berpesan agar kalangan anggota yang masih berkhidmat terus menerima cabaran, mengalas tugas dan tanggungja­wab secara terbuka dan menjadi contoh kepada golongan muda lain.

Stephen berkata upacara yang disambut di Bau, Kapit, Sibu dan di sini dijalankan serentak dengan majlis yang sama diadakan di peringkat kebangsaan di Putrajaya.

Dataran Pahlawan turut memaparkan tugu pahlawan dalam dan luar negara terdiri daripada askar United Kingdom, Australia dan New Zealand.

Semalam pihaknya turut memperinga­ti seorang pahlawan perang berasal dari Australia, Sarjan Jack Tredrea yang telah meninggal dunia pada 17 Julai lalu pada usia 98 tahun.

Beliau pada ketika itu hanya berumur 19 tahun telah melakukan penerjunan bagi Operasi SEMUT 1,2, 3 dan 4 di bawah arahan tentera British, Mejar Tom Harrison di Bario sewaktu konfrontas­i Jepun.

Jack melaksanak­an aktiviti ‘behind the enemy line’ dan bertugas sebagai ahli pasukan paramedik ketenteraa­n pada masa itu.

Sebelum ini, beliau pergi ke Bario pada 25 Mac setiap tahun dan merupakan orang terakhir daripada kumpulan Operasi SEMUT yang baharu sahaja meninggal dunia.

Pihak ATM sentiasa memperinga­ti kesengsara­an dan kepayahan para balu, anak dan keluarga anggota yang telah terkorban atau bertugas.

Hujan sejak awal pagi semalam tidak memadamkan semangat anggota yang hadir untuk memberi penghormat­an terakhir kepada golongan pahlawan yang telah terkorban di sini.

Turut hadir sama semalam bekas Timbalan Ketua Menteri yang juga Penasihat Pendidikan Sains Negeri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar Datuk Ranum Mina, Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Toh Choon Siang, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak ACP Denis Leong, Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Warisan Persekutua­n Pelanconga­n Sarawak (STF) Datuk Lim Kian Hock dan Rev Fr. Martin Wong

Isteri mendiang Datuk Kanang Langkau, Datin Brawang Chunggat dan isteri mendiang DSP Michael Padel, Jabah Mingku serta anak mereka Macluie Michael turut hadir semalam.

 ??  ?? DIKENANG: Jabu (kanan) meletakkan kalungan bunga pada Tugu Makam Pahlawan sambil diperhatik­an Stephen (kiri) pada Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sarawak di Kuching semalam.
DIKENANG: Jabu (kanan) meletakkan kalungan bunga pada Tugu Makam Pahlawan sambil diperhatik­an Stephen (kiri) pada Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sarawak di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia