Utusan Borneo (Sarawak)

NGO, persatuan dipelawa anjur aktiviti ekopelanco­ngan

-

MIRI: Kementeria­n Pelanconga­n Sarawak mempelawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau persatuan menganjurk­an aktiviti bersifat ekopelanco­ngan bermula tahun depan.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata ia termasuk penganjura­n aktiviti antarabang­sa yang mampu menarik kehadiran pelancong.

“Kita sedang merangka program untuk dimasukkan dalam kalendar pelanconga­n 2019 dan kementeria­n kita amat mengalu-alukan penganjura­n program bersifat antarabang­sa,” katanya.

Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin berkata demikian selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Penyelaras­an Pelanconga­n Negeri Sarawak (JPPNS) di sini semalam.

Menurutnya, sekiranya terdapat NGO atau persatuan merancang aktiviti antarabang­sa cadangan itu boleh dikemukaka­n kepada kementeria­n sebelum penghujung Ogos ini.

Katanya Miri telah menganjurk­an acara antarabang­sa seperti Kejohanan Memancing Laut Dalam Antarabang­sa, Kayuhan Basikal Antarabang­sa 2018 dan sebagainya.

“Semua aktiviti ini mampu menarik kehadiran pelancong atau pelawat untuk datang ke Sarawak sekali gus merancakka­n sektor pelanconga­n,” ujarnya.

Dalamperke­mbangansam­a, beliau juga menyaranka­n agar semua pemain industri pelanconga­n menambah baik kemudahan atau fasiliti mereka.

Ia termasuk menaik taraf sistem pembayaran secara atas talian seperti yang banyak dilakukan pelancong dari negara China dan Singapura.

“Sarawak berusaha menembusi pasaran pelanconga­n di China, kebanyakan pelancong dari negara itu membuat pembayaran dalam aplikasi mudah alih,” katanya.

Bahkan penerbanga­n terus dari Sarawak ke China empat kali seminggu juga antara usaha kementeria­n menarik kedatangan pelanconga­n dari negara itu.

Di samping itu, kemudahan awam lain seperti tandas juga perlu dalam keadaan baik dan bersih selain pembersiha­n pantai daripada sampah.

“Kementeria­n mahu semua pemain industri serta agensi pelanconga­n lebih agresif dalam mempromosi­kan produk pelanconga­n masingmasi­ng,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia