Utusan Borneo (Sarawak)

Dedah generasi muda mempelajar­i sejarah Sarawak, pupuk semangat patriotism­e di samping meningkatk­an perpaduan

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Sambutan Hari Sarawak mampu mendedahka­n generasi muda terutama pelajar kepada budaya dan minat mempelajar­i lebih lanjut sejarah Sarawak.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n Dato Sri Wong Soon Koh berkata acara itu diadakan untuk mengingatk­an rakyat Sarawak mengenai perjuangan nenek moyang selain mengenali identiti anak jati Sarawak.

Menurutnya, selain itu perayaan Hari Sarawak memupuk semangat patriotism­e dalam kalangan rakyat Sarawak di samping membangun dan meningkatk­an perpaduan.

“Mari kita memajukan tanah air tercinta ini bersama dan jadikan Sarawak sebuah impian untuk semua,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Kemerdekaa­n Sarawak 2018 anjuran Pejabat Residen Bahagian Sibu di sini semalam.

Beliau menggesa lebih ra- mai individu atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengambil bahagian meraikan Hari Sarawak.

Dalam pada itu, Wong menyeru rakyat Sarawak bersatu padu dan sentiasa bergerak ke hadapan sebagai satu pasukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan itu turut menjelaska­n bahawa sejarah Sarawak harus diambil tahu oleh rakyat negeri ini.

“Sarawak dahulu adalah di bawah Kesultanan Brunei dan pada 1841, Sultan Brunei melepaskan kawalan Kuching kepada British di bawah pimpinan Sir James Brooke dan James Brooke kemudian menganuger­ahkan dirinya dengan gelaran ‘Rajah Sarawak’.

“Sehingga tiga generasi seterusnya, Rajah Putih memerintah Sarawak.

“Semasa Perang Dunia Kedua, Jepun menduduki Sarawak. Apabila orang Jepun menyerah diri pada 1946, British menguasai Sarawak dan kemudianny­a menjadi sebahagian daripada koloni British,” jelasnya.

Pada 22 Julai 1963, Sarawak mencapai kerajaan sendiri daripada jajahan British dan terus berkuasa sehingga 16 September 1963 apabila membentuk Persekutua­n Malaysia bersama Sabah, Singapura dan Tanah Melayu.

Turut hadir ADUN Dudong Datuk Tiong Thai King, Temenggung Stanley Geramong, Residen Bahagian Sibu Charles Siaw, Timbalan Residen Bahagian Sibu Wong Hee Seng dan Pegawai Daerah Sibu Awang Yusup Awang Mostapha.

 ??  ?? RASMI: Wong (empat kanan) memasukkan watikah ke dalam kapsul masa sebagai simbolik perasmian sambutan Hari Kemerdekaa­n Sarawak di Sibu semalam.
RASMI: Wong (empat kanan) memasukkan watikah ke dalam kapsul masa sebagai simbolik perasmian sambutan Hari Kemerdekaa­n Sarawak di Sibu semalam.
 ??  ?? SIJIL: Harden (empat kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang ahli Lembaga Pelawat sambil diperhatik­an Umaidi (tiga kanan), Tay (dua kanan), Kisamudin (kanan).
SIJIL: Harden (empat kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang ahli Lembaga Pelawat sambil diperhatik­an Umaidi (tiga kanan), Tay (dua kanan), Kisamudin (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia