Utusan Borneo (Sarawak)

Beri kerjasama selesaikan masalah gangguan bekalan elektrik: Juanda

-

MUKAH: Pemilik tanah terutama di daerah Matu harus memberi kerjasama kepada pihak bertanggun­gjawab untuk menyelesai­kan masalah gangguan elektrik yang kerap melanda.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya berkata terdapat segelintir pemilik tanah tidak mahu memberi kebenaran supaya tiang elektrik lama di tanah milik mereka ditukar.

“Tiang elektrik usang perlu ditukar kerana tidak lagi mampu menampung bebanan serta tidak sesuai dengan keperluan bekalan elektrik semasa di Matu,” katanya pada Majlis Penangguha­n Pesta Matu 2018 Ahad lalu.

Secara berseloroh, beliau mengatakan hal itu tidak berkaitan dengan tindakan Kerajaan Sarawak kerana terdapat pihak cuba menuding jari kepada mereka.

“Kerajaan Sarawak sudah komited tentang hal ini, tetapi apa yang paling menyedihka­n sebenarnya ia datang daripada isu seperti digembar-gemburkan,” ujarnya.

Justeru, beliau menyeru penduduk memberi kerjasama kepada syarikat bertanggun­gjawab untuk segera menyelesai­kan masalah itu demi kebaikan semua.

Gangguan bekalan elektrik kerap terjadi di Matu dan dicatatkan hampir setiap minggu.

Gangguan itu secara tidak langsung turut mempengaru­hi aktiviti harian masyarakat di daerah itu.

Pada masa sama, Juanda berterima kasih terhadap komitmen Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang banyak meluluskan projek sama ada berskala besar atau kecil di kawasan Igan dan Matu.

Abang Johari juga menepati janjinya pada dua bulan lalu, ketika itu di Igan memantau semua projek yang diluluskan.

Ketua Menteri merupakan tetamu khas Majlis Penangguha­n Pesta Matu 2018 yang dikunjungi sekitar 5,000 pengunjung bermula 26 hingga 29 Julai lalu di pekan Matu.

 ??  ?? SELAMAT DATANG: Fatimah (tengah) bersama ahli rombongan lain disambut oleh tuan rumah semasa lawatan rasmi ke Bandung, Indonesia baru-baru ini.
SELAMAT DATANG: Fatimah (tengah) bersama ahli rombongan lain disambut oleh tuan rumah semasa lawatan rasmi ke Bandung, Indonesia baru-baru ini.
 ??  ?? TEPATI JANJI: Abang Johari (dua kiri) ketika memeriksa antara pelan projek dilaksanak­an di Matu bersama Juanda (tiga kanan) dan yang lain.
TEPATI JANJI: Abang Johari (dua kiri) ketika memeriksa antara pelan projek dilaksanak­an di Matu bersama Juanda (tiga kanan) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia