Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah Kanak-Kanak Ajibah Abol lahir modal insan bersahsiah

-

SRI AMAN: Rumah KanakKanak (RKK) Datuk Ajibah Abol, Sri Aman merupakan sebuah institusi penjagaan dan perlindung­an kanak-kanak di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 Pindaan 2016 dan tempat selamat diwartakan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata kewujudan institusi itu secara tidak langsung memberi gambaran jelas sebagai tempat melahirkan modal insan bersahsiah mulia dan pemangkin kemajuan negara.

“Melalui perkhidmat­an disediakan iaitu jagaan perlindung­an, perkhidmat­an kauseling, pendidikan, latihan vokasional, didikan agama, akhlak, riadah dan rawatan kesihatan,” katanya pada Program Raya Lagi 2018 dan Sambutan Hari Jadi Kanak-Kanak rumah itu di sini malam kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang itu menjelaska­n, setakat ini seramai 16 kanak-kanak di bawah perintah mahkamah ditempatka­n di institusi itu.

“Semuanya kanak-kanak lelaki berusia 10 hingga 18 tahun tertakluk kepada perintah mahkamah sama ada kanakkanak itu kembali kepada keluarga atau sebaliknya.

“Institusi itu merupakan satu-satunya institusi kanakkanak negeri ini di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, Kementeria­n Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti,” katanya.

Harden berkata penaung institusi kanak-kanak negeri Sarawak kini ialah Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib.

Menyentuh mengenai program itu, beliau berkata penganjura­nnya dapat mendekatka­n masyarakat dengan anak-anak di institusi itu.

“Sesuai dengan motto Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak iaitu ‘Penginsana­n Perkhidmat­an kebajikan’ bukan sahaja untuk warga kerja jabatan terutama di institusi ini malah hendaklah disemai pada jiwa setiap lapisan masyarakat,” jelasnya.

Hadir sama Ketua Perlindung­an Kanak-Kanak selaku Pemangku Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak Umaidi Polot, Pengetua RKK Sri Aman Sharifah Mordiah Syed Ali, Pengetua Rumah Seri Kenangan Sibu Rafidah Agat, Pegawai JKM Sri Aman Kisamudin Kiprawi serta Pengerusi Lembaga Pelawat RKK Datuk Ajibah Abol Sri Aman Sesi 2016-2018 Kapitan Tay Siaw Chuan.

Pada majlis itu, Harden turut menyampaik­an sijil penghargaa­n ahli Lembaga Pelawat Sesi 2016-2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia