Utusan Borneo (Sarawak)

150 sertai pertanding­an memancing sempena Pesta Tagang Antarabang­sa Semadang

-

KUCHING: Edisi keempat pertanding­an memancing antarabang­sa sempena Pesta Tagang Antarabang­sa Semadang Ke- 4, yang akan diadakan September depan, dijangka mampu menarik lebih 150 peserta terdiri daripada pemancing tempatan dan antarabang­sa.

Edisi keempat Pertanding­an Memancing Antarabang­sa sempena Festival Seminar Antarabang­sa 2018, yang akan diadakan September DEPAN, dijangka mampu menarik lebih 150 peserta terdiri daripada pemancing tempatan dan antarabang­sa.

Penyelaras pertanding­an, Krisnam Louis Sebod berkata pertanding­an akan diadakan pada 1 September di Sungai Semadang di Kampung Semadang, Borneo Heights, kira-kira 40km dari bandar raya ini.

Beliau berkata pertanding­an dibahagi kepada tiga kategori, iaitu tangkapan paling cepat, paling besar dan paling banyak (mengikut jumlah berat kesemua tangkapan).

Katanya bagi kategori tangkapan paling cepat, pemenang akan membawa pulang wang tunai RM100 berserta piala manakala pemenang kategori tangkapan paling berat pula membawa pulang wang tunai RM100 berserta piala.

“Juara kategori angkapan paling banyak pula akan membawa pulang wang tunai RM500 berserta piala manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula masing-masing membawa pulang wang tunai RM300 dan RM200 berserta piala.

“Selain itu, penganjur turut menyediaka­n tujuh hadiah sagu hati bernilai RM50 setiap satu,” kata Krisnam.

Krisnam berkata yuran pendaftara­n ditetapkan sebanyak RM20 untuk penggunaan sebatang joran dan dua mata pancing dan hendaklah dibayar tunai.

“Penggunaan mata pancing cangkuk tiga tidak dibenarkan tetapi para peserta bebas menggunaka­n apa juga umpan manakala ikan yang ditangkap mestilah masih hidup, segar dan diserahkan kepada juri untuk ditimbang,” katanya sambil menambah, hanya ikan yang tercangkuk pada mulut sahaja yang akan dikira.

“Peserta yang gagal mematuhi segala peraturan terbatal secara automatik manakala yuran penyertaan tidak akan dipulangka­n,” katanya.

Krisnam berkata para peserta dibenarkan mengambil ikan yang ditangkap tetapi hanya untuk ditimbang dan mereka perlu melepaskan­nya semula ke dalam sungai selepas itu.

Beliau berkata pendaftara­n bermula dari 7 hingga 9 pagi di Dewan Serba Guna Kampung Semadang manakala pertanding­an berlangsun­g dari jam 10 pagi hingga 1 petang.

“Peserta digalakkan tiba awal,” kata beliau.

Mereka yang berminat boleh menghubung­i Krisnam di talian 010-9666416 untuk keterangan lanjut. — Bernama

 ??  ?? TERSANGKUT: Keadaan menjadi sukar bagi pengguna apabila satu-satunya kenderaan, iaitu jenis 4WD yang dapat menggunaka­n jalan tersebut turut tersangkut dalam lumpur.
TERSANGKUT: Keadaan menjadi sukar bagi pengguna apabila satu-satunya kenderaan, iaitu jenis 4WD yang dapat menggunaka­n jalan tersebut turut tersangkut dalam lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia