Utusan Borneo (Sarawak)

Jalan menuju lima rumah panjang di Long Linei semakin rosak, berbahaya kepada pengguna

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Penduduk dari lima rumah panjang di Long Linei, Long Linei Hulu dan Long Linei Hilir di kawasan Tutoh Apoh, Baram merayu kepada kerajaan agar memperbaik­i jalan raya yang semakin rosak serta berbahaya kepada pengguna terutama pada musim tengkujuh.

Ini kerana laluan itu merupakan jalan tanah kuning, bukan sahaja menjadi licin, malah berlopak dan berlubang apabila hujan dan menjadikan perjalanan amat sukar bagi penduduk serta tidak dapat dilalui kenderaan biasa selain pacuan empat roda.

Seorang penduduk Long Linei, Evelyn Julian berkata lebih menyukarka­n keadaan jalan itu bukan sahaja digunakan penduduk dari rumah panjang di kawasan sekitar, juga terdapat sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Long Linei turut bergantung kepada jalan tersebut.

“Tanpa laluan tersebut maka hubungan penduduk kampung dan pengurusan sekolah dengan dunia luar akan terputus.

“Malah ia merupakan jalan utama penduduk menghantar anak-anak ke sekolah dan ka- wasan ini juga terdapat Gereja Roman Katolik, St Joseph,” katanya.

Tambahnya, jalan raya tersebut menghubung­kan Long Linei dengan bandar raya Miri, jarak perjalanan lebih kurang empat jam memandu namun jarak tersebut bertambah panjang jika musim tengkujuh kerana keadaan jalan amat becak dan berlumpur.

“Hanya kenderaan pacuan empat roda sahaja dapat melaluinya apabila cuaca buruk namun bukan semua penduduk memiliki kenderaan tersebut dan bukan semua pemandu kenderaan itu berani melalui jalan berkenaan,” tambahnya.

Sementara itu, pengerusi Kumpulan Pemikir Dayak ( DTTG) Miri Elias Lipi Mat berkata pihaknya turut merayu kepada Kerajaan Sarawak supaya jalan tersebut diperbaiki dan diselengga­ra pada musim cuaca baik (panas) seperti sekarang.

“Dalam keadaan cuaca panas ketika ini adalah masa amat sesuai bagi pihak berkuasa berkaitan memper- baiki jalan berkenaan supaya penduduk dapat menggunaka­n kemudahan jalan raya tersebut apabila musim hujan nanti.

“Pada masa sama, tindakan segera memperbaik­i jalan tersebut dapat mengelak 1,000 populasi termasuk guru dan kakitangan sekolah terputus hubungan dengan dunia luar,” ujarnya.

Menurut Elias, kerajaan perlu mempertimb­ang penyelesai­an jangka pendek untuk mengurangk­an tekanan dan kebimbanga­n penduduk terhadap keadaan jalan teruk itu terutama ketika berdepan situasi kecemasan seperti sakit tenat dan ibu hendak bersalin.

“Apa yang kita harapkan jalan tersebut perlu diperbaiki dan diselengga­ra secepat mungkin, demi kebaikan penduduk dengan mempertimb­ang penyelesai­an masalah dihadapi mereka dan pengguna lain,” katanya.

 ??  ?? LUPUS: Monice (dua kanan) bersama petugas SPR melupuskan kertas undi bagi Parlimen Miri di kawasan pembuangan sampah Kuala Baram semalam.
LUPUS: Monice (dua kanan) bersama petugas SPR melupuskan kertas undi bagi Parlimen Miri di kawasan pembuangan sampah Kuala Baram semalam.
 ??  ?? ELIAS
ELIAS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia