Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Teo sedia bekerjasam­a dengan agensi kerajaan atasi masalah dan isu

-

MIRI: Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo sedia bekerjasam­a dengan agensi kerajaan tempatan untuk mengatasi masalah atau isu membabitka­n orang awam melalui perkongsia­n maklumat, idea dan penyelesai­an inovatif.

Dr Teo berkata kerjasama itu penting bagi memberi impak positif seterusnya memberi manfaat kepada komuniti di sini.

”Saya tahu terdapat rakyat benar- benar memerlukan terutama yang tinggal di tebing sungai tanpa bekalan air dan elektrik. Perkara ini merupakan isu wajar diberi perhatian.

“Saya berharap kita terus bekerjasam­a dan berganding bahu mencari penyelesai­an terhadap beberapa isu berlaku di Parlimen Miri memandangk­an masih ada yang belum selesai,” katanya pada Majlis Makan Malam Ahli Parlimen Miri bersama ketua- ketua jabatan di sini malam kelmarin.

Dr Teo turut mengambil kesempatan berterima kasih kepada ketua-ketua jabatan atas kehadiran mereka pada majlis tersebut dan berharap kerjasama seumpama itu dapat diteruskan pada masa akan datang.

Antara isu hangat di sini ialah kesukaran pesakit mendapatka­n rawatan di klinik se- hingga terpaksa datang seawal jam 4 pagi untuk mendapatka­n nombor giliran.

”Bayangkan mereka bangun pada awal pagi untuk mengambil giliran. Saya tidak percaya sehingga saya melihat sendiri keadaan yang begitu teruk.

” Saya sudah maklumkan perkara ini kepada Kementeria­n Kesihatan dan komited untuk membantu menangani isu ini.

”Justeru, saya memerlukan bantuan semua (pihak) untuk melancarka­n tugas menyediaka­n perkhidmat­an terbaik kepada rakyat,” katanya.

Kira-kira 59 ketua jabatan daripada pelbagai agensi hadir pada majlis tersebut.

 ??  ?? PERKENAL: Naib Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Voon Shiak Ni (kiri) memperkena­lkan Dr Teo (dua kiri) kepada tetamu pada majlis berkenaan kelmarin.
PERKENAL: Naib Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Voon Shiak Ni (kiri) memperkena­lkan Dr Teo (dua kiri) kepada tetamu pada majlis berkenaan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia