Utusan Borneo (Sarawak)

Dokumen PRU14 Parlimen Miri dilupuskan di Kuala Baram

-

MIRI: Dokumen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu bagi kawasan Parlimen Miri dilupuskan semalam di kawasan pembuangan sampah Kuala Baram.

Ia dilaksanak­an oleh petugas Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) yang merupakan pegawai dan kakitangan Majlis Bandaraya Miri (MBM) diiringi anggota keselamata­n.

Semua dokumen digunakan pada PRU14 seperti kertas undi dilupuskan selepas mendapat kebenaran daripada SPR serta tiada sebarang petisyen bantahan dibuat oleh parti politik yang bertanding.

Aktiviti ini dimulakan den- gan mengorek lubang sebagai tujuan pemusnahan kertaskert­as undi dan dokumen berkaitan pilihan raya itu.

Semua kertas undi di dalam peti keselamata­n kemudian dibuang ke dalam lubang sedalam lima kaki kira-kira jam 9.17 pagi sebelum ditimbus dengan tanah jam 9.35 pagi.

Meskipun hujan lebat serta berangin, petugas SPR tetap melakukan kerja pelupusan kertas undi terbabit.

Kebenaran melupus ini diberikan oleh SPR selepas tiada petisyen bantahan dikemukaka­n oleh calon dan parti politik yang bertanding selepas 21 hari keputusan pilihan raya.

Pada pilihan raya lalu, Parlimen Miri menyaksika­n penyandang­nya, Dr Michael Teo mempertaha­n kerusi itu untuk penggal kedua.

Dr Teo menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Sebastian Ting dengan majoriti 13,663 selepas mendapat 35,739 undi berbanding Ting hanya meraih 22,076 undi.

Hadir sama wakil Pengurus Pilihan Raya Parlimen Miri Monica Lenya, Setiausaha SUPP Piasau Kaunselor Karambir Singh mewakili ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting dan ahli PKR Miri Peter Bong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia