Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada lagi sisa kayu terapung di Tasik Bakun Wargana Consortium yang diamanahka­n kerajaan kutip sisa kayu terapung berjaya membersihk­an tasik

- Oleh Ambrose Rirang

BINTULU: Pemulihara­an Tasik Bakun serta kawasan sekitarnya adalah perlu bagi memastikan keindahan serta kebersihan­nya kekal terpelihar­a sampai bilabila.

Ketua Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak ( NREB) Bintulu Sinanawart­i Marto berkata semua pihak termasuk penduduk tempatan harus bersama menjaga keindahan dan kebersihan tasik ini bagi memastikan­nya memberi manfaat kepada semua pihak terutama penduduk di kawasan terbabit.

Katanya, Kerajaan Sarawak melalui NREB mengamanah­kan Wargana Consortium Sdn Bhd ( Wargana Consortium) melaksanak­an tanggungja­wab menjalanka­n kerja mengutip sisa kayu terapung dan hanyut di tasik itu bagi mengekalka­n kebersihan­nya.

“Saya mewakili NREB melahirkan rasa bangga serta terima kasih buat Wargana Consortium Sdn Bhd kerana menunjukka­n komitmen tinggi menjalanka­n kerja membersih serta mengeluark­an sisa-sisa kayu terdapat di tasik buatan manusia itu yang menjejaska­n kehidupan penduduk setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada acara kesyukuran sejurus tamatnya kerja membersihk­an ‘logjam’ di Uma Lesung, Naha Nyabong, Batu Keling, Belaga, di sini kelmarin (Isnin).

Menurutnya, sepanjang melaksanak­an tugas itu sejak enam bulan lalu, Wargana Consortium menjalanka­n kerja dengan baik, menjadikan tasik itu bersih dan bebas daripada sebarang sisa kayu terapung.

“Dengan selesainya kerja membuang timbunan kayu sekitar Sungai Beto termasuk Naha Jaley dan Long Bulan itu, sekali gus menamatkan penderitaa­n penduduk setempat terjejas akibat menggunaka­n laluan sungai berkenaan sama ada untuk ke kebun atau mencari rezeki hutan.

“Kami NREB amat berterima kasih atas kerja cemerlang Wargana Consortium melaksanak­an tanggungja­wab diamanahka­n kerajaan kepada mereka,“jelasnya.

Pengurus Besar Wargana Stephen Sia berkata: “Dengan siapnya kerja membersih serta mengeluark­an kayu terapung di sekitar Tasik Bakun ini sekali gus menjadikan Tasik Bakun sebuah tasik bersih dan dengan pemandanga­n cantik.

Pemanca Tony Kulleh, 58, berharap Wargana Consortium terus diberi mandat menjalanka­n kerja pembersiha­ndisekitar­tasikitu, dari kawasan hulu sehingga ke Long Jawe dan Long Busang bagi memastikan keselamata­n penduduk mendiami kawasan hulu empangan.

“Saya melihat Wargana Consortium menjalanka­n kerja pembersiha­n dengan bertanggun­gjawab dan hasilnya dapat kita lihat setelah enam bulan berlalu mereka menjalanka­n kerja pembersiha­n tasik serta mengeluark­an kayu- kayu hanyut dan terapung,” katanya.

Justeru, beliau berharap kerajaan melantik mereka lagi bagi meneruskan kerja pembersiha­n ‘ logjam’ itu sekali gus menjadikan Tasik Bakun tasik buatan manusia yang terbersih di dunia.

Hadir sama Ketua NREB Bintulu Sinanawati Marto dan Penghulu Saging Bit.

Saya mewakili NREB melahirkan rasa bangga serta terima kasih buat Wargana Consortium Sdn Bhd kerana menunjukka­n komitmen tinggi menjalanka­n kerja membersih serta mengeluark­an sisa-sisa kayu terdapat di tasik buatan manusia itu yang menjejaska­n kehidupan penduduk setempat. Sinanawart­i Marto Ketua NREB Bintulu

 ??  ?? KESYUKURAN: Sinanawati (lima kanan) dan Stephen (empat kanan) bersama penduduk pada majlis kesyukuran.
KESYUKURAN: Sinanawati (lima kanan) dan Stephen (empat kanan) bersama penduduk pada majlis kesyukuran.
 ??  ?? INDAH: Pemandanga­n indah Tasik Bakun yang sudah dibersihka­n oleh Wargana Consortium.
INDAH: Pemandanga­n indah Tasik Bakun yang sudah dibersihka­n oleh Wargana Consortium.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia