Utusan Borneo (Sarawak)

JHS berdepan lebih banyak cabaran dalam pengurusan hutan lestari

-

KUCHING: Jabatan Hutan Sarawak (JHS) kini berdepan lebih banyak cabaran dalam pengurusan hutan secara lestari di negeri ini.

Pengarahny­a, Hamden Mohamad berkata antara cabaran dihadapi JHS ialah persaingan untuk tanah pembanguna­n, kekurangan sumber-sumber hutan, isu-isu perubahan iklim dan penyahhuta­nan.

“Selepas hampir satu abad, pengurusan hutan kita menjadi lebih mencabar dan antara cabarannya ialah persaingan untuk tanah pembanguna­n, kekurangan sumber-sumber hutan, isu- isu perubahan iklim dan penyahhuta­nan.

“Semua ini sudah tentu memerlukan teknologi-teknologi maklumat yang lebih baik bagi menyokong pembuat keputusan dan memerlukan lebih pilihan untuk mengurus serta memulihara biodiversi­ti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan aluan pada Majlis Perasmian Persidanga­n Hutan Malaysia (MFC) Ke-18 di sebuah hotel di sini semalam.

Majlis itu disempurna­kan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh.

Hamden berkata bagi menghadapi cabaran-cabaran itu, sejak beberapa tahun lalu JHS menjalinka­n banyak kerjasama dengan agensi dan institusi lain sama ada di peringkat tempatan, wilayan atau antarabang­sa.

“Saya mahu mengambil peluang ini untuk mengemas kini kolaborati­f dan inisiatif JHS baru- baru ini iaitu menandatan­gani beberapa MoU dengan Institut Sumber Semula Jadi Finland (LUKE) bagi pembanguna­n sistem pengurusan hutan bersepadu.

“JHS juga menjalinka­n kerjasama dengan Konsortium Penyelidik­an Jepun ke atas Hutan Tropika di Sarawak (JRCTS), Zoo Conpenhage­n, Pengurusan Hidupan Liar Denmarks dan Sarawak Energy Berhad (SEB) untuk hasil hutan bukan kayu,” jelasnya.

Mengenai MFC Ke- 18, Hamden berkata sepanjang tiga hari berlangsun­g, enam sidang pleno diadakan meliputi pelbagai topik seperti Tadbir Urus Hutan, Pengurusan Hutan Mapan, Biodiversi­ti Hutan, Perladanga­n Hutan, Perkhidmat­an Ekosistem Hutan dan Hutan Melampuai Kayu.

Selain itu katanya, MFC Ke-18 disertai 439 peserta dan pemerhati terdiri daripada agensi perhutanan tiga wilayah, institusi akademik berkaitan perhutanan, agensi- agensi kerajaan serta kementeria­n relevan, pemain industri perkayuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Saya berharap peserta daripada pelbagai agensi dan institusi, persidanga­n ini akan menjadi landasan memperoleh pengetahua­n serta pengalaman serta bertukar idea serta kolaborati­f,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia