Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n Utiliti nafi dakwaan Sungai Sadong dicemari bahan beracun

-

KUCHING: Kementeria­n Utiliti menafikan dakwaan pembangkan­g mengatakan Sungai Sadong, yang merupakan sumber air untuk bahagian Serian dicemari bahan beracun.

Kementeria­n itu menerusi kenyataan akhbar semalam berkata berdasarka­n keputusan ujian makmal, sumber air berkenaan tidak tercemar seperti didakwa.

Kementeria­n Utiliti juga menyangkal laporan portal akhbar tempatan memuatkan artikel berkenaan bertarikh 20 Jun 2018.

“Berdasarka­n sampel ujian diperoleh daripada makmal swasta, keputusan menunjukka­n air mentah dan terawat dari Loji Rawatan Air Slabi tidak melanggar piawaian dan spesifikas­i Standard Kualiti Air Minum seperti ditetapkan Kementeria­n Kesihatan.

“Tidak terdapat unsurunsur agro-kimia seperti racun perosak, ammonia dan anion dikesan dalam sampel air mentah dan terawat,” jelas kementeria­n itu.

Kementeria­n itu menambah: “Keputusan ujian makmal untuk kategori racun rumput dan perosak adalah di bawah nilai maksimum yang boleh diterima ditetapkan dalam Standard Kualiti Air Minum (2004). Kepekatan keracunan rumput yang diperiksa dalam air mentah juga di bawah nilai maksimum yang boleh diterima (<0.03 mg / l).”

Kementeria­n Utiliti menerusi Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) berpuas hati dengan ujian dilakukan oleh makmal di mana tiada pencemaran dikesan berdasarka­n keputusan sampen diambil dan diuji pada 25 Jun 2018.

“Oleh itu, boleh disimpulka­n sungai tersebut selamat digunakan sebagai sumber air untuk Loji Rawatan Air Slabi.

“Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom sangat mengambil berat mengenai isu ini lebih-lebih lagi berkaitan keselamata­n penduduk,” tegas kenyataan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia