Utusan Borneo (Sarawak)

Acara ‘Mayor’s Walk’ sasar wujudkan kesedaran alam sekitar

-

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan ( MBKS) menyasar untuk mewujudkan kesedaran alam sekitar menerusi acara ‘ Mayor’s Walk’ yang akan diadakan pada 19 Ogos nanti.

Menurut Datuk Bandar MBKS Datuk James Chan, para peserta akan diberikan beg plastik yang dapat dikitar semula dan mereka digalakkan mengambil apaapa sampah yang mereka lihat di sepanjang laluan lima kilometer itu.

“Objektifut­amakamiada­lah untuk menunjukka­n kepada dunia luar bahawa warga Kuching adalah orang yang mempunyai kesedaran alam sekitar dan mencintai bandar mereka dengan memastikan ia bersih sepanjang masa.

“Kami juga berharap orang luar tahu bahawa bandar raya Kuching adalah sebuah bandar raya yang mempromosi­kan gaya hidup sihat,” katanya pada sidang media di pejabatnya semalam.

Chan menambah, peserta yang mendaftar awal juga akan mendapat baju ‘Mayor’s Walk’ percuma.

Sementara itu, pengerusi penganjur Stanley Lau berkata pihaknya menyasarka­n seramai 5,000 peserta pada tahun ini.

Beliau menambah, pelbagai acara sampingan akan turut diadakan seperti cabutan bertuah dan banyak lagi.

Katanya, penganjura­n ‘ Mayor’s Walk’ kali ini turut dibantu City Jogger’s Club ( CJC) bersama 120 sukarelawa­n.

Untuk mendapatka­n maklumat lanjut, sila hubungi talian 082-354308 atau 016- 5243519 ( Lau) atau 0198885363 (Iu).

Borang pendaftara­n juga boleh didapati dari Kaunter Pengawal Keselamata­n di tingkat bawah bangunan MBKS atau memuat turun dari laman web rasmi MBKS di www.mbks.gov.my.

 ??  ?? PROMOSI: Chan (dua kiri) bersama Lau (kiri) dan Iu (dua kanan) menunjukka­n baju ‘Mayor’s Walk’ tahun ini semasa sidang media di pejabatnya, semalam.
PROMOSI: Chan (dua kiri) bersama Lau (kiri) dan Iu (dua kanan) menunjukka­n baju ‘Mayor’s Walk’ tahun ini semasa sidang media di pejabatnya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia