Utusan Borneo (Sarawak)

SK Gas dan BDA akan tanam 3,000 pokok di Bukit Nyabau

-

KUCHING: Petronas Carigali Sarawak Gas (SK Gas) akan bekerjasam­a dengan Lembaga Pembanguna­n Bintulu (BDA) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu untuk mengubah Bukit Nyabau menjadi peparu hijau di sini.

Melalui kerjasama itu, sekitar 3,000 pokok Hopea Odorata ( Merawan Siput Jantan) akan ditanam di atas tanah seluas tiga hektar di taman tersebut bermula tahun ini hingga 2020.

Menurut kenyataany­a semalam, inisiatif tersebut dikenali sebagai program Trees4Life, telah dilancarka­n semalam oleh Pegawai Residen Bintulu Jack Aman Luat di Taman Awam Bukit Nyabau.

Sekitar 200 orang termasuk pengurusan dan kakitangan Petronas, BDA, UPM, Jabatan Alam Sekitar ( JAS), Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC), Jabatan Hutan Sarawak dan Pejabat Residen Bintulu telah menghadiri majlis tersebut.

Ketua Petronas Carigali Sarawak Gas Morris Mail berkata pemulihara­an alam sekitar itu merupakan tonggak utama program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) Petronas dan program Trees4Life telah dilaksanak­an untuk menyokong tonggak CSR itu.

“Program Trees4Life akan menangani masalah penebangan hutan di kawasan bandar.

“Ia juga bertujuan mewujudkan kesedaran mengenai isu-isu alam sekitar, terutama mengenai perubahan iklim, yang telah menjadi salah satu cabaran terbesar dihadapi dunia kita hari ini.

“Kami berharap program ini akan meningkatk­an kesedaran orang ramai mengenai pemulihara­an alam sekitar dan menggalakk­an kerjasama antara Petronas dan pihak berkepenti­ngannya termasuk agensi kerajaan berkaitan, institusi pendidikan dan NGO, “katanya.

Petronas kini menjalanka­n pelbagai projek pemulihara­an alam sekitar di Sarawak termasuk projek biodiversi­ti, alam sekitar dan pemulihara­an bernilai RM12 juta di Taman Negara Similajau di Bintulu, projek Ekomarin Petronas-Sarawak di Sibuti, Rizab Semula Jadi Piasau bernilai RM10 juta di Miri, RM35 juta projek perlindung­an Miri Shoreline serta penanaman pokok di 40 lokasi berbeza oleh Malaysia LNG Sdn Bhd sempena sambutan ulang tahun ke-40 baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia