Utusan Borneo (Sarawak)

Ia susulan lambakan bahan itu ekoran tindakan China haramkan kemasukan sisa negara maju ke negara itu

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan menjadi ‘tong sampah’ kepada sisa pepejal dunia susulan lambakan bahan buangan berkenaan ekoran tindakan China mengharamk­an kemasukan sisa pepejal negara maju ke negara itu.

Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Yeo Bee Yin berkata bagi memastikan perkara itu, kerajaan mengambil langkah drastik dengan memperkena­lkan Prosedur Operasi Standard ( SOP) dan peraturan baharu bagi permohonan lesen import sisa pepejal, seterusnya membatalka­n serta-merta lesen kesemua 114 pemegang lesen sebelum ini.

Katanya lesen berkenaan dikeluarka­n oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara di bawah Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Pengusaha- pengusaha perlu memohon semula mengikut SOP dan kriteria baharu untuk pastikan tiada pelanggara­n standard dan peraturan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan- Pertanyaan Menteri Persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (Bebas-Bagan Serai) yang ingin tahu tindakan kementeria­n ke atas longgokan beribu tan sisa pepejal yang datang dari negara maju selepas China mengharamk­an kemasukan sisa pepejal ke negara mereka.

Menurut Yeo, China telah mengharamk­an kemasukan sisa pepejal ke negara mereka berkuat kuasa Januari lepas, justeru kebanyakan negara Barat mengekspor­t sisa pepejal mereka ke negara Asia lain.

Dalam hal ini, beliau berkata berdasarka­n laporan ‘British National Audit Office’, Malaysia menjadi pengimport terbesar sisa pepejal plastik dari United Kingdom, dengan mengimport sebanyak 17 peratus daripada keseluruha­n 250,000 tan sisa pepejal dari negara berkenaan hanya untuk tempoh suku pertama tahun ini.

Sebagai perbanding­an, untuk tempoh yang sama tahun lepas, sebanyak 40 peratus sisa pepejal plastik negara itu diimport China, kata Yeo.

“Kerajaan turut menubuhkan satu task force untuk mengkaji kaedah terbaik kawalan import plastik yang telah dihentikan.

“Kerajaan sedia maklum terlalu banyak sisa plastik berada di tempat berbeza sejak Januari tahun ini dan bersedia mengambil tindakan terhadap pengusaha- pengusaha yang cuba nasib memproses plastik ini secara haram dan akan membawa mereka ke mahkamah berdasarka­n undang- undang sedia ada,” katanya. — Bernama

Pengusaha-pengusaha perlu memohon semula mengikut SOP dan kriteria baharu untuk pastikan tiada pelanggara­n standard dan peraturan. Yeo Bee Yin Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia