Utusan Borneo (Sarawak)

Hapuskan stigma terhadap pesakit kesihatan mental: Dr Dzulkefly

-

KUALA LUMPUR: Masyarakat perlu mengikis stigma terhadap mereka yang mendapatka­n kaunseling atau rawatan berhubung masalah kesihatan mental, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata pandangan serong terhadap individu sedemikian menyebabka­n mereka yang menghadapi masalah itu enggan tampil mendapatka­n bantuan daripada pihak profesiona­l.

“Mesti berlaku satu perubahan dan anjakan berkenaan tanggapan masyarakat terhadap mereka yang mendapat rawatan ini supaya ia tidak di- pandang serong atau negatif.

“Andai kata ia dapat ditangani, kita mampu menyelesai­kan sebahagian besar masalah tersebut (mendapatka­n rawatan),” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Laporan sebelum ini menyebut kajian Kementeria­n Kesihatan pada 2017 mendapati 18,336 rakyat negara ini seawal usia 16 tahun dikesan mengalami pelbagai tahap kemurungan dalam saringan minda sihat melibatkan 273,203 individu.

Tambah Dr Dzulkefly, kementeria­n akan memperkuku­h strategi sedia ada dan membuat penambahba­ikan dari segi promosi dan pengesanan awal, rawatan dan rehabilita­si masalah kesihatan mental.

“Antaranya ialah dengan melaksanak­an saringan dalam kalangan ibu mengandung dan bersalin bagi mengenal pasti tanda-tanda awal kemurungan.

“Ini bagi mengelak lanjutan kemurungan bagi ibu yang berpotensi mengalami meroyan atau dikalangan ahli perubatan dikenali sebagai ‘post-partum depression’,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia