Utusan Borneo (Sarawak)

TLDM dijangka terima kapal misi pesisir pertama pada Disember 2019

-

KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dijadual menerima kapal misi pesisir (LMS) pertama yang kini dalam pembinaan pada 31 Dis tahun depan sebelum menerima kapal kedua pada 31 Mac 2020.

Menurut kenyataan Markas Tentera Laut, fasa reka bentuk LMS telah selesai dan kini memasuki fasa pembinaan kapal keseluruha­nnya yang mengambil tempoh kurang 18 bulan termasuk proses pemasangan peralatan dan sistem kapal serta aktiviti ujian di pelabuhan dan di laut.

“Ini merupakan tempoh paling singkat pernah dilaksanak­an dalam sejarah pembinaan kapal perang TLDM.

Sejumlah 21 pegawai, jurutera dan anggota daripada TLDM serta Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) kini berada di China sepanjang pembinaan bagi mengawasi serta mengurus projek pembinaan, sekali gus menjaga kepentinga­n kerajaan sejajar dengan keperluan kontrak,” menurut kenyataan itu.

Upacara First Steel Cutting (FSC), simbolik bermulanya fasa pembinaan kapal sejurus selesai reka bentuk, bagi LMS TLDM yang pertama dilaksanak­an di Wuchang Shipbuildi­ng Industrial Group (WSIG), Shuangliu, China.

Ia disempurna­kan Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badaruddin yang turut disaksikan Pengarah Urusan BNSSB Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, pihak China Shipbuildi­ng Industry Corporatio­n ( CSIC) dan China Shipbuildi­ng & Offshore Internatio­nal Co Ltd (CSOC).

Pembinaan LMS adalah satu daripada lima kelas atau jenis kapal yang dilulus kerajaan di bawah program transforma­si armada TLDM ‘15 to 5’ dan ?bakal menjadi pemangkin kepada industri pembinaan kapal di dalam negara.

Melalui kontrak perolehan yang dimeterai di antara Kerajaan Malaysia dengan syarikat pembinaan kapal tempatan iaitu BNSSB pada 23 Mac tahun lepas, TLDM bakal menerima empat LMS dengan nilai kontrak RM1.17 bilion termasuk kos latihan komprehens­if bagi bakal warga kapal.

BNSSB dengan kerjasama China Shipbuildi­ng Offshore and Internatio­nal Corporatio­n LTD sedang melaksanak­an pembinaan dua LMS di Wuchang Shipyard, China dan diikuti dua buah lagi di Malaysia sebagai sebahagian daripada rancangan pemindahan teknologi serta menyumbang kepada peningkata­n keupayaan pembinaan kapal perang tempatan.

Menurut kenyataan itu, pembinaan kapal LMS ketiga dan keempat di negara ini akan dilaksanak­an serentak pada pertengaha­n tahun depan menggunaka­n tenaga kerja tempatan sepenuhnya dan dipantau oleh beberapa jurutera dari syarikat China.

Kerjasama dengan negara China selaku peneraju dalam bidang itu mampu meningkatk­an keupayaan negara untuk menjadi pengeluar kapal perang yang kompetitif di rantau ini, selain meningkatk­an peluang pekerjaan serta ekonomi negara menerusi penglibata­n syarikat tempatan dan antarabang­sa.

Perolehan itu akan mengukuhka­n hubungan kerjasama ketenteraa­n dan diplomasi pertahanan antara Malaysia dan China serta membuka peluang pembanguna­n industri maritim yang lain. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia