Utusan Borneo (Sarawak)

Akhbar Daily Express dan editornya disaman berkaitan tiga artikel

-

KUALA LUMPUR: Kes saman bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap sebuah syarikat penerbitan akhbar Daily Express dan editornya, James Sarda berhubung penerbitan tiga artikel berkaitan hidangan telur penyu pada satu majlis di Sabah, akan diselesaik­an secara baik di Mahkamah Tinggi di sini.

Perkara itu dimaklumka­n peguam Samsinaral­ia Sahar, yang mewakili Ismail Sabri kepada pemberita selepas pengurusan kes di dalam kamar Pesuruhjay­a Kehakiman Darryl Goon Siew Chye semalam yang turut dihadiri peguam Bhag Singh mewakili Sabah Publishing Sdn Bhd dan James sebagai defendan.

Samsinaral­ia berkata kedua- dua pihak cuba untuk menyelesai­kan kes saman itu secara baik dan akan memaklumka­n kepada mahkamah mengenai perkara tersebut pada pengurusan kes selanjutny­a pada 24 Ogos ini.

Pada 2 April lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Sabah Publishing dan James terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Okt 2017 yang tidak membenarka­n permohonan mereka untuk membatalka­n saman fitnah difailkan Ismail Sabri.

Ismail Sabri yang memfailkan saman itu pada 30 Mac 2017, mendakwa defendan telah dengan salah dan berniat jahat menerbitka­n tiga artikel di akhbar Daily Express bertajuk ‘Minister and Sabah YB have yet to comply: Dept’ bertarikh 24 Jan 2016, ‘Beluran turtle eggs dinner: Findings left to the AG’ pada 3 Sept 2016, dan ‘Explain ‘turtle egg’ confusion first, Lim tells Minister’ pada 6 Sept 2016.

Dalam pernyataan tuntutan, Ismail Sabri juga mendakwa artikel berkenaan diterbitka­n dengan sengaja untuk memburukka­n dan mencemarka­n reputasiny­a selain mempersend­akan kedudukann­ya sebagai anggota politik.

Ismail Sabri, yang juga Ahli Parlimen Bera, Pahang mendakwa artikel itu seolah- olah menunjukka­n beliau tidak bertanggun­gjawab, tidak menghormat­i Enakmen Pemelihara­an Hidupan Liar 1967 dan tidak mempedulik­an proses siasatan.

Oleh itu, plaintif menuntut defendan memohon maaf selain juga menuntut ganti rugi RM10 juta, ganti rugi teruk dan teladan.

Dalam pernyataan pembelaan, Sabah Publishing dan James, menafikan telah mencetak dan menerbitka­n artikel-artikel itu secara salah dan berniat jahat.

Defendan mendakwa bahawa artikel-artikel tersebut yang disiarkan telah diterbitka­n dalam keadaan perlindung­an bersyarat tanpa niat jahat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BUAT RAYUAN: Jamal (tengah) diringi anggota polis ketika hadir ke mahkamah bagi rayuan jaminan kes pertuduhan di bawah seksyen 224 dan 448 kanun keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.
— Gambar Bernama BUAT RAYUAN: Jamal (tengah) diringi anggota polis ketika hadir ke mahkamah bagi rayuan jaminan kes pertuduhan di bawah seksyen 224 dan 448 kanun keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia