Utusan Borneo (Sarawak)

Penganggur didakwa perdaya warga emas jual tanah lebih RM118,000

-

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini semalam atas lima pertuduhan memperdaya seorang lelaki warga emas berhubung penjualan tanah kerajaan lebih RM118, 000, tiga tahun lepas.

Mohd Adnan Musa, 60, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhamad Firdaus Sadina Ali.

Mengikut pertuduhan pertama hingga kelima tertuduh didakwa telah memperdaya Mohamed Borhan Mohamed Zain, 72, dengan sengaja mendorong mangsa menyerahka­n wang berjumlah RM118,500 kepada tertuduh untuk 15 tanah lot kerajaan yang mana mangsa tidak akan menyerahka­n wang tersebut sekiranya tidak diperdaya.

Mohd Adnan dituduh melakukan kesalahan itu di Medan Selera Pasaraya Giant Taman Permata di sini antara 4 Nov 2015 hingga 19 Jan 2016, mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurhashima­h Hashim menawarkan jaminan RM50,000 bagi kesemua pertuduhan manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jumlah itu dikurangka­n dengan alasan mempunyai tanggungan keluarga dan dia juga tidak bekerja.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM16,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan menetapkan 6 Sept untuk sebutan semula kes. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia