Utusan Borneo (Sarawak)

Ambil serius aduan gangguan seksual oleh pekerja: Hannah Jika aduan dipandang remeh, mangsa akan menderita secara senyap

-

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri yang disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata suspek lelaki yang berusia 45 tahun dan isterinya 47 tahun itu ditahan dalam serbuan jam 2 pagi hasil maklumat awam dan risikan polis.

“Hasil serbuan, polis merampas 250 peket lutsinar berisi ketulan disyaki Heroin seberat 482 gram yang dianggarka­n bernilai RM12,500 dan sepeket dadah jenis Methamphet­amine seberat 0.19 gram bernilai RM50,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini, semalam.

Munusamy berkata ujian saringan air kencing mendapati suspek lelaki positif dadah jenis Methamphet­amine, manakala suspek wanita negatif.

Kedua-dua mereka kini direman tujuh hari hingga Isnin depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. — Bernama KUALA LUMPUR: Majikan diminta memberi perhatian serius kepada aduan oleh pekerja mereka mengenai gangguan seksual di tempat kerja.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh Tseow Suan berkata majikan perlu menyiasat perkara tersebut walaupun sesetengah kes sukar dibuktikan.

“Ambil serius aduan oleh pekerja. Saya percaya perkara seperti ini boleh berlaku di mana-mana, kepada sesiapa sahaja. Dan bila aduan dipandang remeh, saya pasti mangsa akan menderita secara senyap,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum ‘Women In Dentistry 2018’ anjuran Fakulti Pergigian Universiti Teknologi MARA, Sungai Buloh di sini.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada kes gangguan seksual melibatkan seorang ketua jabatan ortopedik di sebuah hospital di Lembah Klang baru- baru ini.

Beberapa mangsa telah datang kepada kita membuat aduan, kita akan lihat sejauh mana seriusnya aduan ini. Kita menggalakk­an lebih ramai tampil ke hadapan, jangan takut kerana yang lain telah bersuara. Kita mula mendengarn­ya. Hannah Yeoh Tseow Suan Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Mengulas lanjut mengenai kes tersebut, beliau berkata kementeria­nnya telah mengadakan perbincang­an dengan Kementeria­n Kesihatan bagi menyiasat aduan berkenaan.

Di pihak kementeria­nnya beliau menggesa mangsa yang terlibat menghantar e- mel aduan terus kepada Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

“Beberapa mangsa telah datang kepada kita membuat aduan, kita akan lihat sejauh mana seriusnya aduan ini. Kita menggalakk­an lebih ramai tampil ke hadapan, jangan takut kerana yang lain telah bersuara. Kita mula mendengarn­ya,” kata beliau.

Yeoh berkata isu tersebut disiasat secara adil dan menjadi tanggungja­wab kepimpinan semua agensi untuk mewujudkan suasana kerja yang selamat.

Kelmarin, Dzulkefly berkata satu badan penyiasata­n bebas yang menggabung­kan Kementeria­n Kesihatan, Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta agensI kerajaan berkaitan ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan.

Sementara itu, dalam ucapannya, Yeoh berkata bilangan wanita dalam industri pergigian telah menunjukka­n peningkata­n.

“Statistik terkini 2017 menunjukka­n bahawa 68.10 peratus atau 5,877 pengamal pergigian yang berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia (MDEC) adalah wanita berbanding 31.82 peratus atau 2,743 pengamal pergigian lelaki.

Data yang direkodkan menunjukka­n peningkata­n ketara sebanyak 21.33 peratus atau 4, 844 pengamal pergigian wanita berbanding 2016,” kata beliau.

Beliau juga berkata nisbah doktor gigi-pesakit juga menunjukka­n peningkata­n daripada seorang doktor gigi bagi setiap 6, 436 warga pada 2012 kepada seorang doktor gigi bagi setiap 4,297 warga menjelang akhir 2016. — Bernama

 ?? — Gamabr Bernama ?? SEMUANYA PALSU: Mustafar (kiri) menunjukka­n dokumen pengenalan diri yang dipalsukan ketika sidang media mengenai Op Serkap semalam.
— Gamabr Bernama SEMUANYA PALSU: Mustafar (kiri) menunjukka­n dokumen pengenalan diri yang dipalsukan ketika sidang media mengenai Op Serkap semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia