Utusan Borneo (Sarawak)

Kibar Jalur Gemilang, pamer semangat baharu sempena bulan kebangsaan

-

PUTRAJAYA: Seluruh rakyat Malaysia diseru mempamerka­n semangat cintakan negara bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2018 dengan mengibarka­n Jalur Gemilang di premis perniagaan serta kediaman masing-masing.

Ketua Pengarah Penerangan Malaysia Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata semangat patriotik itu wajar ditonjol sesuai dengan kebangkita­n semangat rakyat melalui Malaysia baharu pimpinan kerajaan Pakatan Harapan.

“Kita berharap masyarakat akan menzahirka­n semangat patriotik mereka dengan membeli sendiri jalur gemilang dan mengibarka­nnya sepanjang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia ini sebagai tanda, kita kini dalam era baharu dan menyokong pentadbira­n kerajaan baharu,” katanya.

Beliau turut berharap premis perniagaan dan pasar raya khususnya akan menyediaka­n ruang khas untuk menjual barangan bagi sambutan hari tersebut, selain memasang lagu-lagu patriotik dan menghias premis dengan Jalur Gemilang dalam usaha mewujudkan semangat dalam dalam kalangan pengunjung.

Beliau ditemui media selepas mempengeru­sikan mesyuarat bersama pengamal media untuk pencambaha­n idea bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2018 di sini semalam.

Ibrahim berkata semua pengamal media massa terlibat memberi maklum balas baik bagi membantu mempromosi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2018 melalui platform masing-masing.

Dalam pada itu, beliau berkata memandangk­an Hari Kebangsaan akan jatuh pada hari Jumaat, maka tiada konsert atau sambutan Ambang Kemerdekaa­n pada Khamis malam bagi menghormat­i kesucian malam Jumaat.

“Sambutan itu, bagaimanap­un akan diadakan pada sebelah malam hari Jumaat,” katanya.

Bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku’, pusat pentadbira­n kerajaan persekutua­n Putrajaya telah dipilih sebagai lokasi sambutan pada 31 Ogos nanti bagi meraikan kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ULAS: Ibrahim ketika ditemu bual bersama pengamal media mengenai sambutan Hari Kebangsaan di Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia di Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama ULAS: Ibrahim ketika ditemu bual bersama pengamal media mengenai sambutan Hari Kebangsaan di Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia