Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatankua­sa dalaman akan ditubuh untuk menentukan bentuk tindakan, kata Loke

-

KUALA LUMPUR: Pegawai trafik udara yang bertugas semasa pesawat Malaysia Airlines MH370 dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014 akan dikenakan tindakan kerana tidak mengikut Prosedur Operasi Standard ( SOP) ditetapkan, kata Menteri Pengangkut­an Anthony Loke.

Beliau berkata satu jawatankua­sa dalaman akan ditubuhkan serta-merta bagi menentukan bentuk tindakan yang boleh diambil ke atas beberapa pegawai trafik udara berkenaan.

“Saya telah mengarahka­n Ketua Setiausaha kementeria­n menubuhkan jawatankua­sa dalaman ini dan tindakan yang bakal diambil dijangka diputuskan dalam tempoh sebulan lagi,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, semalam.

Menurutnya, beberapa pegawai trafik udara yang pada ketika itu bertugas dengan Jabatan Penerbanga­n Awam ( DCA) kini masih bertugas dengan Lembaga Penerbanga­n Awam Malaysia (CAAM).

Pelanggara­n SOP itu didedahkan dalam Laporan Siasatan Keselamata­n berhubung kehilangan MH370 oleh pasukan penyiasata­n keselamata­n yang dikeluarka­n kelmarin.

Dalam pada itu, Loke mengesahka­n peletakan jawatan Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman sebagai pengerusi CAAM dengan notis 14 hari.

“Saya tidak kata tentang sebarang salah laku tetapi berdasarka­n laporan itu, beliau meletak jawatan. Tiada sebarang laporan terhadap mana-mana orang. Menurut laporan itu SOP tidak dipatuhi dan dia DG (DCA) pada masa itu. Sekarang apa yang dia buat adalah letak jawatan untuk mengambil tanggungja­wab itu,” katanya.

Ditanya sama ada sebarang tindakan akan dikenakan terhadap Azharuddin, beliau berkata perkara itu terpulang sekiranya siasatan lanjut dijalankan.

Penerbanga­n MH370 yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang kebanyakan­nya warga China, hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Terdahulu, Loke dalam usul khas di Dewan Rakyat bersempena pengeluara­n laporan itu, berkata pasukan penyiasata­n antara lain telah membuat analisis ke atas lencongan pesawat daripada laluan pelan penerbanga­n yang difailkan dan perkhidmat­an operasi kawalan trafik udara.

“Profil kru penerbanga­n, ‘ airworthin­ess’, penyelengg­araan sistem pesawat, komunikasi satelit, maklumat berhubung bangkai serta impak pesawat, maklumat berhubung organisasi dan pengurusan DCA dan MAS serta konsainan kargo pesawat turut dianalisis,” katanya.

“Dalam hubungan ini, kerajaan sedang meneliti syor-syor keselamata­n yang dibuat dan akan mengambil tindakan penambahba­ikan sewajarnya bagi mengelak kemalangan udara pada masa hadapan.

“Pada masa sama, kerajaan akan turut menyiasat dan mengambil tindakan terhadap sebarang salah laku yang telah dilakukan berdasarka­n peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.

Pada sesi itu, Loke turut merakamkan penghargaa­n kepada Datuk Kok Soo Chon selaku ketua penyiasat Pasukan Penyiasata­n Keselamata­n Lampiran 13 ICAO (Pertubuhan Penerbanga­n Awam Antarabang­sa) Malaysia dan semua yang terlibat kerana telah menjalanka­n siasatan dengan telus dan adil.

“Pengeluara­n laporan siasatan ini menunjukka­n komitmen dan ketelusan Malaysia dalam mematuhi tanggungja­wabnya sebagai sebuah negara pejanji Konvensyen Chicago dan Annex 13.

“Pasukan penyiasat telah diberi kebebasan sepenuhnya dalam menjalanka­n siasatan dan tiada sebarang pindaan yang dibuat ke atas laporan tersebut.

Jemaah Menteri dalam mesyuaratn­ya pada 11 Julai 2018 telah diberi taklimat dan mengambil maklum hasil penemuan laporan berkenaan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINDAKAH: Anthony menjawab pertanyaan pemberita pada Sidang Dewan Rakyat di Parlimen dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama TINDAKAH: Anthony menjawab pertanyaan pemberita pada Sidang Dewan Rakyat di Parlimen dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia