Utusan Borneo (Sarawak)

HFMD: Tindakan ke atas premis jagaan kanak-kanak catat kekerapan kes

-

KUALA LUMPUR: Premis penjagaan kanakkanak yang mencatat kekerapan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) luar biasa boleh diambil tindakan, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata pihak kementeria­n akan memantau perkembang­an kes berkenaan dan berbincang mengenai tindakan yang boleh diambil terhadap mereka.

“Pastinya wabak seperti ini perlu dicatat dengan baik, dan taska atau premis seperti ini andainya berlaku kekerapan luar biasa perlu diambil tindakan,” katanya pada Waktu Pertanyaan- Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Wong Kah Woh ( PH- Ipoh Timur) berhubung tindakan kerajaan terhadap premis penjagaan kanak- kanak seperti taska yang mencatat statistik kes HFMD yang tinggi.

Dzulkefly bagaimanap­un berkata sehingga kini belum ada tindakan yang diambil terhadap manamana premis atas isu sedemikian.

Mengulas lanjut, beliau berkata 39,408 kes HFMD dicatat dari 1 Jan hingga 29 Julai lepas dengan Selangor mencatat jumlah tertinggi 11,669 kes, diikuti Kuala Lumpur (4,552) dan Sarawak (4,551).

Menjawab soalan tambahan Ahmad Marzuk Shaary ( PAS- Pengkalan Chepa) berhubung produk tertentu yang dikatakan efektif dalam mengubati HFMD, Dzulkefly berkata kementeria­n meneliti beberapa syor termasuk keberkesan­an satu vaksin yang sedang diusahakan Taiwan.

Pada majlis berasingan, Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata kementeria­n memandang serius isu HFMD lebih-lebih lagi dengan pengesahan kematian seorang bayi lelaki 17 bulan di Pulau Pinang pada 6 Jun lepas akibat penyakit itu.

Menurutnya, kakitangan awam yang mempunyai anak menghidap HFMD dibenarkan mengambil cuti selama lima hari bagi membolehka­n mereka memberi perhatian kepada anak mereka.

Beliau bercakap pada sidang media selepas merasmikan Persidanga­n dan Pameran Penjagaan Kesihatan Antarabang­sa (APHM) 2018 di sini, semalam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERIKSA: Lee (kanan) membuat ujian mata ketika melawat ruang pameran sempena Persidanga­n dan Pameran Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) kali ke-26 di Pusat Dagangan Kuala Lumpur, dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PERIKSA: Lee (kanan) membuat ujian mata ketika melawat ruang pameran sempena Persidanga­n dan Pameran Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) kali ke-26 di Pusat Dagangan Kuala Lumpur, dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia