Utusan Borneo (Sarawak)

Azharuddin letak jawatan sebagai Pengerusi CAAM

-

PUTRAJAYA: Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, yang sentiasa menjadi perhatian awam susulan tragedi pesawat MH370 dan MH17, mengumumka­n meletak jawatan sebagai pengerusi Lembaga Penerbanga­n Awam Malaysia (CAAM).

Beliau menghantar surat itu semalam dan peletakan jawatan itu berkuat kuasa 14 Ogos.

Azharuddin memberikan notis peletakan jawatan itu sehari selepas Pasukan Penyiasata­n Keselamata­n Lampiran 13 Bagi MH370 Pertubuhan Penerbanga­n Awam Antarabang­sa (ICAO) Malaysia, menge- luarkan Laporan Penyiasata­n Keselamata­n MH370.

“Dengan rasa dukacita dan selepas memikirkan dan membuat pertimbang­an mendalam, saya memutuskan untuk meletak jawatan sebagai pengerusi CAAM berkuat kuasa dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis letak jawatan yang saya serahkan hari ini (semalam),” katanya dalam kenyataan.

Sejak empat tahun lepas, Azharuddin berkata beliau telah berusaha sebaik mungkin untuk membantu dalam misi pencarian pesawat malang Penerbanga­n MH370 yang hilang pada 8 Mac, 2014, semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

“Saya sentiasa bertegas untuk mencari jawapan yang kita semua sedang cari bagi tragedi malang ini kerana kami bertanggun­gjawab terhadap keluarga dan orang tersayang mereka. Saya berasa amat sedih kerana perlu berundur dalam keadaan seumpama ini.

“Berkhidmat dalam industri ini selama lebih 40 tahun adalah satu penghormat­an dalam hidup saya dan saya memohon maaf kerana tidak dapat menghabisk­an baki tempoh khidmat saya.

“Penerbanga­n telah menjadi sebahagian yang amat penting dalam kehidupan saya sejak zaman kanak-kanak lagi dan ia akan kekal begitu sepanjang hayat saya,” katanya dalam kenyataan itu.

Kelmarin, Pasukan Penyiasata­n Keselamata­n Lampiran 13 ICAO Malaysia bagi MH370 mengeluark­an Laporan Penyiasata­n Keselamata­n MH370, yang menggarisk­an maklumat tentang fakta, analisis, rumusan dan syorsyor keselamata­n berasaskan pada dapatannya.

Azharuddin berkata walaupun laporan itu tidak mencadangk­an bahawa kemalangan itu berpunca daripada Jabatan Penerbanga­n Awam (DCA) pada ketika itu, namun terdapat beberapa dapatan yang amat jelas berkaitan operasi Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur, dengan ia menyatakan bahawa Pengawal Trafik Udara telah tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard tertentu.

Ketua penyiasat Datuk Kok Soo Chon berkata Pasukan Penyiasata­n Keselamata­n MH370 tidak dapat menentukan punca sebenar kehilangan pesawat malang itu selepas mengenal pasti tujuh teori munasabah yang termasuk teori konspirasi, khabar angin dan gosip di media sosial.

Kok juga berkata laporan setebal 449 muka surat itu bu- kan laporan akhir berhubung pencarian pesawat hilang itu tetapi hanya membabitka­n penyiasata­n keselamata­n dan ia terasing daripada siasatan pencarian dan kehakiman.

MH370 hilang pada 8 Mac, 2014, semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.

MH17, penerbanga­n yang dijadualka­n dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, ditembak jatuh pada 17 Julai 2014, semasa sedang berada di ruang udara timur Ukraine, mengakibat­kan kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal terbunuh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia