Utusan Borneo (Sarawak)

Sambutan Hari Pahlawan 2018 meriah, penuh istiadat

-

PUTRAJAYA: Sambutan Hari Pahlawan 2018 yang meriah dan penuh istiadat bermula dengan keberangka­tan tiba Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada majlis tersebut di Dataran Pahlawan Negara, Presint 1, di sini semalam.

Istiadat kemudian diteruskan dengan perarakan masuk dua panji iaitu PanjiPanji Yang di-Pertuan Agong dan Panji- Panji Rejimen daripada Batalion Pertama, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) oleh kawalan kehormatan utama yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota, diketuai Mejar Juniusabdi­ah Shahputra Janny.

Lagu ‘Negaraku’ dimainkan, diiringi 21 das tembakan meriam yang disempurna­kan 41 Bateri Istiadat, Rejimen Artileri Diraja, diketuai Mejar Mohd Asri Che Wil.

Seri Paduka Baginda kemudian memeriksa kawalan kehormatan utama.

Keseluruha­n komposisi perbarisan terdiri daripada 46 pegawai dan 823 anggota lainlain pangkat (LLP) gabungan ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Persatuan Veteran ATM serta Persatuan Veteran PDRM.

Turut hadir Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu serta Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan pengurusan atasan pelbagai jabatan dan kementeria­n.

Istiadat kemudian diteruskan dengan tiupan Paluan Akhir yang dikenali sebagai ‘ last post’ dengan menurunkan Jalur Gemilang.

Hadirin seterusnya disajikan persembaha­n deklamasi sajak ’Pahlawan’ dan pantomim kisah perjuangan Kapten Mohana Chandran bertajuk ’ Operasi Iblis 1971’ oleh enam pegawai dan 98 anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.

Operasi oleh Markas Briged Kedua Infatri Malaysia pada 1971 itu dilancarka­n berikutan kehadiran pengganas di kawasan Hutan Korbu, Sungai Siput dan Tanah Hitam, Perak pada 31 Mei 1971.

Pada majlis semalam, enam rakan seperjuang­an mendiang Mohana yang terlibat dalam pertempura­n itu diberi penghormat­an menghadap Sultan Muhammad V.

Acara kemudian diteruskan dengan tiupan Paluan Fajar atau lebih dikenali Rouse, serentak Jalur Gemilang dikibarkan sebagai tanda memberi semarak kepada rakan-rakan tentera dan polis yang masih hidup untuk terus berjuang mempertaha­nkan kedaulatan dan keamanan negara.

Seruan ‘Daulat Tuanku’ dilaungkan tiga kali sebagai simbolik bukti taat setia anggota pasukan keselamata­n dan rakyat di bawah naungan baginda.

Sambutan Hari Pahlawan pada setiap 31 Julai adalah antara usaha dan keperihati­nan kerajaan dalam mengenang jasa-jasa perwira tanah air yang terkorban ketika mempertaha­nkan kedaulatan ibu pertiwi.

Sejak 1968, acara tahunan ini dianjurkan secara bergilir antara ATM dan PDRM dan kali ini ia dianjurkan ATM. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TABIK DIRAJA: Sultan Muhammad V (kiri) menerima hormat diraja pada istiadat perbarisan sempena Sambutan Hari Pahlawan 2018 berlangsun­g di Dataran Pahlawan Negara semalam.
— Gambar Bernama TABIK DIRAJA: Sultan Muhammad V (kiri) menerima hormat diraja pada istiadat perbarisan sempena Sambutan Hari Pahlawan 2018 berlangsun­g di Dataran Pahlawan Negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia