Utusan Borneo (Sarawak)

Dimamah ulat, tahan sakit, lapar tiga hari, demi negaraku

-

PUTRAJAYA: Walaupun dimamah ulat dan terpaksa menahan kesakitan dan rasa lapar selama tiga hari berikutan terkena dua tembakan, Renjer Abang Bolhi Abang Doladi tetap bertarung nyawa untuk berjuang mempertaha­nkan kedaulatan negara daripada serangan komunis dalam satu pertempura­n di Hutan Ulu Kinta Perak pada tahun 1971.

Dalam Operasi Iblis 1971 ( Ops Iblis), Abang Bolhi yang berasal dari Sri Aman, Sarawak terkena tembakan di bahagian belakang sehingga menembusi dada kanan dan satu lagi tembakan di jari kelingking kirinya dalam pertempura­n itu.

Berpegang kepada katakata azimat ‘Agi Idup Agi Ngelaban’, pemuda yang hanya berusia 24 tahun ketika itu dan sudah mengalami kecederaan, berjaya melepaskan beberapa tembakan dan membunuh tiga penganas komunis.

Namun begitu, berikutan kedudukan pada ketika itu di kawasan cerun yang tersembuny­i, beliau terpaksa menahan kesakitan dan kelaparan selama tiga hari kerana gagal ditemui rakan seperjuang­annya.

“Berikutan kecederaan, saya tidak boleh bergerak dan luka di badan mulai dimamah ulat. Selama tiga hari, saya terpaksa menahan lapar dengan hanya minum air sahaja.

“Masa itu, saya bertekad untuk hidup kerana mahu berjumpa ibu bapa saya yang berada di kampung...syukur kerana Tuhan memanjangk­an usia saya sehingga ke hari ini,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Pahlawan 2018 di Dataran Pahlawan Negara, Presint 1, di sini semalam.

Abang Bolhi berkata kecederaan yang dialami itu mengambil masa hampir lima bulan untuk sembuh namun beliau menyifatka­n ia hanya ‘perkara kecil’ kerana hasratnya adalah untuk memper- juangkan kedaulatan negara daripada serangan komunis.

Yang di- Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan berangkat ke majlis yang penuh istiadat itu.

Pada sambutan Hari Pahlawan semalam, pantomim ‘Operasi Iblis 1971’ dipersemba­han untuk mengenang jasa Kapten Mohana Chandran yang terkorban dalam pertempura­n dan mencederak­an Abang Bolhi dan renjer Bajau Ladi.

Abang Bolhi bersama lima lagi rakan seperjuang­an dalam pertempura­n itu diberi penghormat­an menghadap Sultan Muhammad V.

Ops Iblis dilancarka­n oleh Markas Briged Kedua lnfantri Malaysia pada tahun 1971 berikutan penemuan kehadiran pengganas komunis di kawasan Hutan Korbu, Sungai Siput dan Tanah Hitam, Perak pada 31 Mei 1971.

Ia digerakkan bagi mencari dan memusnahka­n Unit Penggempur ke- 5 Pasukan Gerakan Komunis (PGK) yang menjadikan kawasan Bukit Berapit, Air Kala, Hutan Simpan Kinta dan Slim River, Perak sebagai kubu baharu mereka.

Pada 3 Jun 1971, kumpulan tinjau khas berkekuata­n 23 orang anggota campuran yang diketuai Mohana Chandran bergerak menuju ke kawasan Tanah Hitam Chemor melalui Hutan Rizab Bukit Kinta, Perak bagi mengesan pengganas komunis itu.

Pada 13 Jun 1971, kumpulan itu diaturgera­k dan berjaya mengesan kem musuh yang mempunayi 25 hingga 30 orang komunis dan atas taat setia dan semangat cintakan negara, Mohana Chandran dan kumpulanny­a telah menyerang kedudukan kem musuh.

Dalam kejadian berbalas tembakan, Mohana Chandran terkena tembakan tetapi beliau tetap berjuang dan berbalas tembakan sehingga sebutir peluru musuh menembusi kepalanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia