Utusan Borneo (Sarawak)

Dewan Pemuda PAS Kota Raja persoal seruan pilih calon BN PRK bukan platform ‘menghalalk­an’ penyatuan PAS dan UMNO BN

-

SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Raja ( DPPKR) semalam mempersoal­kan perjalanan sebuah program parti pada Sabtu lalu, yang dijadikan sebagai platform untuk menyeru pengundi PAS mengundi calon BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis Sabtu ini.

Timbalan Ketuanya, Mohd Najib Arshad berkata inti pati ucapan secara terbuka dibuat oleh beberapa pimpinan parti di peringkat Selangor dan pusat pada program Bangkit itu, dilihat tidak selari dengan kenyataan rasmi Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, berkaitan PRK berkenaan pada 22 Julai lepas.

Beliau berkata pihaknya juga merasakan seruan tersebut menyalahi semangat Perlembaga­an PAS, Fasal 82 (g) yang mana, semua anggota PAS tidak terkecuali pimpinan dapat mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentinga­n parti.

“DPPKR berpandang­an keputusan (seruan) tersebut adalah bersifat dasar sekali gus ia telah membelakan­gkan kuasa Majlis Syura dan kuasa Muktamar yang mana cadangan tersebut perlu dibahaskan dan mendapat persetujua­n muktamar terlebih dahulu, bukan terus diberikan arahan seperti malam tersebut.

“DPPKR turut merasakan tindakan ini akan mematikan peranan Gagasan Sejahtera yang menjadi terma bagi PAS dalam langkah Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada majlis itu, anggota Majlis Syura Ulama PAS Pusat Datuk Dr Khairuddin Aman Razali dilaporkan meminta pengundi PAS di Sungai Kandis untuk memilih calon BN Datuk Lokman Noor Adam pada PRK itu selepas mendakwa kerajaan Pakatan Harapan tidak menegakkan serta menjaga agama Islam.

Takiyuddin dalam satu kenyataan sebelum ini pula menasihati anggota PAS yang KLANG: Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis daripada PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni semalam membuat dua laporan polis selepas mengesan wujudnya penyebaran fitnah terhadap beliau menerusi media sosial sejak kelmarin.

Mohd Zawawi yang diiringi peguamnya, Mohd Khairul Anwar Ismail membuat laporan polis berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini, bagi mendesak pihak berkuasa itu menyiasat pemilik akaun Facebook atas nama ‘Unit Media Wangsa Maju’ dan pemilik akaun Twitter ‘@MHSBI1’ yang didakwa menyebar fitnah tersebut.

Menurut beliau, pihaknya terpaksa mengambil tindakan sedemikian kerana fitnah yang tersebar melalui media sosial itu tiada asasnya dan sengaja diwujudkan pihak tidak bertanggun­gjawab bagi menjatuhka­n reputasiny­a yang sedang melakukan jelajah kempen PRK.

“Laporan polis pertama adalah tentang dakwaan mengatakan saya bersetuju dan menyokong (persembaha­n) tarian gelek untuk mengutip derma Tabung Harapan Malaysia baru-baru ini dan laporan kedua berkaitan dakwaan menuduh saya menyalahgu­nakan wang semasa akan memilih pada PRK itu supaya mengundi demi kepentinga­n Islam, Melayu serta masa depan negara dan meminta mereka membuat pertimbang­an itu dengan mengambil kira sikap PAS terhadap kerajaan Pakatan Harapan.

Menurut Mohd Najib, pihaknya sama sekali tidak bersetuju bahawa PRK DUN Sungai Kandis menjadi platform untuk ‘menghalalk­an’ penyatuan PAS dan UMNO BN, sedangkan hal-hal sedemikian sepatutnya dibincang dan diputuskan di dalam muktamar PAS Pusat.

Sehubungan itu, beliau berkata DPPR telah menghantar surat rasmi kepada Setiausaha Agung parti bagi memohon penjelasan selain menyerahka­n kepada kebijaksan­aan PAS Pusat untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada pimpinan yang terlibat. berkhidmat di sebuah sekolah di Sungai Bertih, Klang pada tahun 1998.

“Saya amat terkejut dengan dakwaan seperti ini kerana saya tidak pernah mengeluark­an sebarang kenyataan tentang tarian gelek itu malah saya tidak tahu sumber mana

“DPPKR menolak dan membantah tindakan sebilangan pimpinan yang sering membuat kenyataan terbuka bersifat peribadi sehingga menimbulka­n kecelaruan dalam kalangan ahli.

“DPPKR sama sekali tidak bermaksud menolak keputusan kepimpinan PAS Pusat jauh sekali untuk menyanggah seruan atau arahan pimpinan pusat dengan tidak meletakkan calon PAS dalam PRK di Sungai Kandis,” katanya.

Pada PRK itu, Lokman Noor bakal ditentang calon PKR yang juga pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh Jalan Kebun, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan calon Bebas, pesara kerajaan K.Murthy.

PRK DUN Sungai Kandis merupakan PRK pertama diadakan selepas PRU14 berikutan kematian penyandang kerusi tersebut, Mat Shuhaimi Shafiei pada 2 Julai lepas akibat kanser limfoma.

Pada PRU 14, Shuhaimi mempertaha­nkan kerusi DUN itu untuk penggal ketiga, selepas memperoleh 23,998 undi menewaskan calon BN, Datuk Kamaruzzam­an Johari (11,518); calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76). — Bernama

DPPKR turut merasakan tindakan ini akan mematikan peranan Gagasan Sejahtera yang menjadi terma bagi PAS dalam langkah Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu. Mohd Najib Arshad Timbalan Ketua DPPKR

pula pihak tersebut ambil sehingga boleh kata saya menyalahgu­nakan wang di sekolah sedangkan saya telah meninggalk­an sekolah itu 20 tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.

Tegas Mohd Zawawi, ke- SHAH ALAM: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan hanya akan menimbang sebarang keputusan berhubung pertanding­an dalam Pemilihan PKR selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Sabtu ini (4 Ogos).

Beliau yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkata buat masa ini pihaknya sedang menumpukan persiapan dan kempen PRK berkenaan. SHAH ALAM: Suruhanjay­a Pilihan Raya Malaysia (SPR) menyeru pengundi berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis supaya menunaikan tanggungja­wab mereka mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PKR) DUN itu Sabtu ini.

Timbalan Pengerusi SPR Tan Sri Othman Mahmood berkata pengundi juga dinasihatk­an supaya merancang masa dan tidak memilih untuk keluar mengundi di saat akhir walaupun tempoh mengundi telah ditetapkan sehingga jam 5.30 petang.

“SPR juga meminta para pengundi agar membuat semakan maklumat daftar pemilih mereka lebih awal sebelum hari pengundian.

“Semakan awal itu bagi memudahkan mereka untuk merancang perjalanan serta mengelakka­n mereka menghadapi masalah kesesakan di pusat mengundi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. dua-dua isu tersebut sengaja direka dan ditimbulka­n pihak tidak bertanggun­gjawab akibat ketandusan idea selain tergugat dengan penerimaan rakyat terhadap beliau sehingga terpaksa bersaing melalui cara fitnah dan memburukka­n orang lain.

Ditanya mengenai keputusan Naib Presiden Rafizi Ramli untuk bertanding jawatan timbalan presiden, Mohamed Azmin menegaskan mana-mana individu bergelar anggota parti berhak menawarkan khidmat dalam perjuangan PKR.

“Saya hormati keputusan beliau (Rafizi) dan ia satu proses demokrasi yang tak perlu dipandang pelik kerana ini kekuatan PKR. Saya memegang jawatan sekarang ini selama 20 tahun pun kerana pertanding­an (dalam pemilihan parti).

Beliau berkata pengundi boleh membuat semakan daftar pemilih tersebut dengan melayari portal rasmi SPR di www.spr.gov.my atau aplikasi MySPR Semak.

Katanya, selain dua langkah tersebut, pengundi juga boleh menghubung­i talian 03- 88927018 atau menghantar SMS ke 15888 untuk membuat semakan.

Othman berkata pengundi juga disaran mencatat maklumat semakan itu dan menunjukka­nnya kepada petugas di saluran mengundi itu.

“Pengundi juga dinasihatk­an supaya membawa kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri yang rasmi dan sah (yang memaparkan maklumat gambar, nama dan nombor kad pengenalan) pada hari mengundi serta tidak menyerahka­n kad pengenalan mereka kepada pihak lain selain daripada petugas pilihan raya,” katanya. — Bernama

Justeru itu, pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh Jalan Kebun berkenaan menyeru semua pihak terutamany­a pengundi di DUN Sungai Kandis supaya jangan mudah mempercaya­i sebarang maklumat yang tersebar tanpa meneliti kesahihan sumbernya.

“Jangan tengok sahaja maklumat yang disebar, terus percaya...kena semak dahulu. Al-Quran mengajar kita konsep ‘Fatabayyan­u’ ( bermaksud periksa dahulu sebelum berbicara atau mengambil keputusan). Kita mahu didik masyarakat supaya menjadi rakyat yang bertanggun­gjawab,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli ketika dihubungi mengesahka­n menerima kedua-dua laporan polis tersebut.

Pada hari pengundian Sabtu ini, Mohd Zawawi akan ditentang calon BN Datuk Lokman Noor Adam dan calon Bebas, K. Murthy.

PRK DUN Sungai Kandis adalah PRK pertama selepas pilihan raya umum ke-14, 9 Mei lepas, yang diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas. — Bernama

“Saya tak pernah diberi jawatan percuma dan itu sebenarnya perkukuhka­n lagi peranan kita dalam parti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri kempen calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni pada PRK tersebut di sini, malam kelmarin.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Baru-baru ini, Rafizi mengesahka­n akan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu, bulan ini. — Bernama KLANG: Calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil ( PRK) Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni yakin mampu ‘ menyapu bersih’ iaitu mendapat seratus peratus undi daripada masyarakat India pada hari pengundian, Sabtu ini.

Beliau berkata keyakinan itu adalah hasil maklum balas positif yang diterima daripada kaum India di daerah-daerah mengundi DUN berkenaan, selain daripada pemimpin komuniti yang menyatakan sokongan terbuka kepadanya.

“Masyarakat India juga sedar bahawa mereka telah mendapat banyak faedah daripada kerajaan negeri termasuk daripada segi pendidikan.

“Di samping itu, mereka juga mempunyai exco khusus dari kaum India yang menangani soal pekerja ladang dan pendidikan bagi kaum India,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Mohd Zawawi, pengundi India di DUN Sungai Kandis meliputi 15 peratus daripada jumlah keseluruha­n pengundi berdaftar iaitu seramai 51,230 orang.

PRK DUN Sungai Kandis menyaksika­n pertarunga­n tiga penjuru antara Mohd Zawawi dengan calon BN, Datuk Lokman Noor Adam dan calon Bebas, K. Murthy.

Ia diadakan berikutan kematian penyandang kerusi berkenaan, Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lalu.

Dalam pada itu, Mohd Zawawi berkata berdasarka­n hasil pertemuan dengan pengundi di DUN Sungai Kandis, hampir 90 peratus aduan adalah berkenaan isu setempat termasuk jalan raya dan longkang yang tidak diselengga­ra selain permintaan untuk menaiktara­f kemudahan rumahrumah ibadat.

Beliau turut menjangkak­an kemerosota­n kehadiran pengundi pada PRK kali ini berbanding Pilihan Raya Umum Ke-14, 9 Mei lalu dan sedang mempergiat usaha menemui seramai mungkin pengundi bagi mengajak mereka menunaikan tanggungja­wab untuk mengundi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAPORAN POLIS: Mohd Zawawi ( tengah) menunjukka­n dua laporan polis yang dibuat berhubung fitnah media sosial terhadapny­a di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan semalam.
— Gambar Bernama LAPORAN POLIS: Mohd Zawawi ( tengah) menunjukka­n dua laporan polis yang dibuat berhubung fitnah media sosial terhadapny­a di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? KEMPEN: Azmin (tengah) bersama Mohd Zawawi (kanan) ketika berucap pada Program Santai BBQ di Hill’s FoodCourt Kampung Batu 7 Jalan Kebun Shah Alam, di Klang semalam.
— Gambar Bernama KEMPEN: Azmin (tengah) bersama Mohd Zawawi (kanan) ketika berucap pada Program Santai BBQ di Hill’s FoodCourt Kampung Batu 7 Jalan Kebun Shah Alam, di Klang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia