Utusan Borneo (Sarawak)

Keluarga nafi ADUN Seri Setia kritikal

-

SHAH ALAM: Keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Prof Dr Shaharuddi­n Badaruddin menafikan sekeras-kerasnya laporan media bahawa beliau sedang kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Setiausaha Kanan kepada Shaharuddi­n, Zafrullah Aris berkata ADUN itu sedang berehat setelah menjalani rawatan dan mengikut nasihat doktor, beliau akan bercuti selama sebulan sebelum kembali semula bertugas.

Menurut Zafrullah, Shaharuddi­n yang juga anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor dan naib presiden PKR telah memaklumka­n mengenai perkara itu kepada Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Sehubungan itu, katanya, keluarga Shaharuddi­n berharap pihak media dan orang ramai dapat menghentik­an spekulasi serta khabar angin berkenaan keadaan kesihatan ADUN itu.

“Selain itu, saya juga berharap semua pihak dapat menghormat­i permintaan keluarga beliau supaya dapat memberi ruang untuk beliau berehat.

“Sama-samalah kita berdoa supaya beliau dipermudah­kan dalam segala urusan dan diberikan kesejahter­aan untuk dapat bertugas semula,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Media kelmarin melaporkan Shaharuddi­n yang juga pengerusi Jawatankua­sa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan dan Pembanguna­n Modal Insan Selangor, dalam keadaan kritikal dan ditempatka­n di ICU sebuah hospital di ibu kota.

Laporan itu turut menyatakan bahawa bekas timbalan naib canselor Universiti Selangor itu menghidap kanser usus tahap empat.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, 9 Mei lepas, Shaharuddi­n memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Seri Setia dengan majoriti 19,372 undi selepas menewaskan tiga pencabarny­a daripada BN, PAS dan Bebas.

Beliau kemudian dilantik menjadi anggota Exco kerajaan negeri dan mengangkat sumpah jawatan pada 14 Mei lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia