Utusan Borneo (Sarawak)

Tottenham masih belum buat pembelian pemain dengan pasaran perpindaha­n di England akan ditutup pada 9 Ogos ini

-

LONDON, England: Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino menolak untuk menjawab soalan sama ada beliau memikirkan pengurusan kelab menerima permintaan­nya untuk menjadi ‘ lebih berani’ dan mengakui kelab mungkin tidak menambah pemain baharu pada pasaran perpindaha­n pemain ketika ini.

Pengurus dari Argentina itu, yang membimbing kelab berada di tiga tangga teratas liga tanpa berbelanja besar, membuat satu cadangan pada akhir musim lepas.

Bagaimanap­un, Spurs adalah salah satu dari hanya dua kelab dalam Liga Perdana Inggeris yang masih belum membuat pembelian pemain dengan pasaran perpindaha­n di England akan ditutup pada 9 Ogos – sesuatu yang Pochettino percaya meletakkan kelabkelab di England dalam satu ‘ kekurangan’ berbanding liga lain di Eropah.

Apabila ditanya jika kelab telah melakukan apa yang beliau mahukan pada penutup musim, Pochettino hanya menjawab: “Saya fikir saya bekerja dan memberi fokus untuk cuba melaksanak­an tugas saya, tugas kami. Saya cuba membuat persediaan pasukan. Ia adalah fokus dan kami memberikan perhatian kepada soal itu.”

Awal minggu ini, pengarah eksekutif Spurs, DonnaMaria Cullen ada berkata di mana komen Pochettino telah disalah erti dan juga beliau tidak merujuk kepada perbelanja­an wang.

“Ia sukar untuk menjelaska­n selepas beberapa bulan di mana saya ada beritahu kami,” kata Pochettino.

Saya fikir saya bekerja dan memberi fokus untuk cuba melaksanak­an tugas saya, tugas kami. Saya cuba membuat persediaan pasukan. Ia adalah fokus dan kami memberikan perhatian kepada soal itu. ” Mauricio Pochettino Pengurus Tottenham Hotspur

“P e r s e p s i a d a l a h persepsi, apa yang orang terima dari pesanan saya itu. Saya fikir mereka bebas untuk menterjema­hkan apa yang mereka mahu. Dalam bola sepak, ia adalah tentang bersikap berani dan mengambil keputusan t e r - baik dan c u b a u n t u k m e - nang s e - t i a p minggu.” P o - c h e t - tino juga meru- juk kepada urusan yang telah dilakukan oleh pesaing mereka dalam Liga Perdana. “Sudah tentu kami akan bersaing dengan kelab- kelab besar dan mereka melakukan banyak urusan ( perpindaha­n),” kata beliau. “Bagi kami, ia masih sukar untuk melakukann­ya tetapi kami merasakan bahawa sentiasa kompetetif adalah sangat penting. Kami akan bermain dengan 11 pemain dan cuba bermain dengan kompetetif dan memenangi setiap perlawanan.”

Spurs diambang krisis kecederaan pemain tengah dan ia difahamkan, selain dari satu perpindaha­n Jack Grealish dari Aston Villa, tiada jangkaan kehadiran baharu.

P o c h e t t i n o , y a n g dikaitkan dengan kelab Manchester United sekiranya Jose Mourinho dipecat, mengakui beliau tidak tahu menahu tentang berapa ramai pemain baharu yang boleh dijangkaka­n akan tiba di kelab, yang akan membuka stadium baharu mereka pada bulan September, dan mungkin tiada pemain langsung yang akan tiba.

“Musim lepas saya memberitah­u anda beberapa angka tetapi musim ini kami tidak tahu,” kata beliau. “Saya tidak tahu jika kami akan membeli atau tidak. Kami sedang berusaha. Saya tidak dapat memberitah­u anda apa- apa.”

Sebarang urusan perpindaha­n pemain di England harus dilakukan sebelum atau pada 9 Ogos selepas kelab- kelab Liga Perdana – termasuk Spurs – mengundi sebulat suara untuk menutup pasaran perpindaha­n pemain lebih awal berbanding liga lain di Eropah.

“Jika anda membanding­kannya di Eropah, saya fikir kami sangat kerugian dan apa yang pasti ia tidak membantu kelab- kelab dalam Liga Perdana,” kata Pochettino.

“Kami semua dalam situasi yang sama di England. Ia jelas ketika ini saya tidak tahu jika pasukan lain juga gembira dengan keputusan ini. Secara peribadiny­a, saya fikir ia tidak betul. Saya fikir ia selayaknya jika anda bersetuju dengan semua liga di Eropah dan negara- negara lain.” — Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? POCHETTINO SANDARAN SPURS: Pemain tengah Spurs, Son Heung-Min bersaing dengan pemain Barcelona, Marlon Santos ketika beraksi pada perlawanan Piala Kejuaraan Antarabang­sa 2018 di Rose Bowl, Pasadena, California pada 28 Julai lepas. Spurs tumpas 5-3...
— Gambar AFP POCHETTINO SANDARAN SPURS: Pemain tengah Spurs, Son Heung-Min bersaing dengan pemain Barcelona, Marlon Santos ketika beraksi pada perlawanan Piala Kejuaraan Antarabang­sa 2018 di Rose Bowl, Pasadena, California pada 28 Julai lepas. Spurs tumpas 5-3...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia