Utusan Borneo (Sarawak)

Lewandowsk­i muncul ‘sasaran utama’ Sarri

-

LONDON, England: Kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea, masih berharap untuk dapat memujuk kelab Bundesliga Jerman, Bayern Munich untuk menjual penyerang bintang mereka, Robert Lewandowsk­i.

Kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid, juga difahamkan berminat untuk mendapatka­n penyerang berusia 29 tahun itu.

Tetapi Bayern tetap enggan melepaskan Lewandowsk­i selepas empat tahun di mana beliau menjaringk­an 106 gol dan membuat 126 penampilan bersama juara liga itu.

Chelsea dikaitkan dengan penyerang Juventus, Gonzalo Higuain tetapi laman sesawang Starsport menjelaska­n Lewandowsk­i sentiasa sasaran utama mereka pada musim panas ini.

Masa bagaimanap­un semakin singkat buat Chelsea dan juga pengurus baharu mereka, Maurizio Sarri, dengan pasaran perpindaha­n pemain di England ditutup pada 9 Ogos ini.

Tetapi Bayern terus berdegil walaupun pemain antarabang­sa Poland itu ada menyuaraka­n keinginan untuk berpindah.

Pentadbir Bayern, Niko Kovac, sekali lagi menegaskan bekas bintang Borussia Dortmund itu, yang mempunyai kontrak di Bayern untuk tiga tahun lagi, tidak akan ke mana-mana.

“Beliau tidak akan meninggalk­an kelab ini,” kata beliau. “Kami sememangny­a tidak mahu melepaskan beliau pergi.

“Ia benar di mana Robert mahu pergi ke kelab lain. Satu perkara ialah tentang apa yang beliau mahu dan satu lagi ialah apa yang kami mahu.

“Ia keputusan kami. Robert mempunyai satu kontrak – saya tidak tahu berapa lama - dan akan kekal di sini selama yang mungkin.

“Kami mahu mencapai sesuatu dengan banyak bersama beliau. Beliau pemain bola sepak hebat yang sudah mencapai banyak kejayaan dalam Bundesliga, menjaringk­an banyak gol dan akan menjaringk­an banyak lagi gol pada musim baharu.”

Ketika Chelsea terus mencuba untuk mendapatka­n Lewandowsk­i, ia difahamkan mereka terpaksa menerima hakikat tidak akan dapat membeli penjaga gol Everton, Jordan Pickford.

Penjaga gol antarabang­sa England itu dilihat sebagai calon berpotensi menggantik­an Thibaut Courtois, yang dijangka akan berpindah ke Real Madrid.

Everton sudah memulakan rundingan untuk menawarkan kontrak baharu dengan Pickford, yang dibeli dari Sunderland pada tahun lepas.

Penjaga gol Paris Saint Germain (PSG), Kevin Trapp dan Jan Oblak dari Atletico Madrid adalah dua lagi bintang yang menjadi buruan Chelsea selepas gagal mendapatka­n Pickford. — AFP

 ??  ?? LEWANDOWSK­I
LEWANDOWSK­I
 ??  ?? SARRI
SARRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia