Utusan Borneo (Sarawak)

Murray bangkit dari ketinggala­n sebelum ketepi McDonald di Washington

-

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS): Andy Murray dari Britain, bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan pemain tuan rumah, Mackenzie McDonald pada perlawanan pertama beliau di permukaan simen sejak Mac tahun lepas di kejohanan Terbuka Washington di sini Isnin lepas.

Bekas pemain nombor satu dunia itu masih bergelut dengan kecederaan di mana beliau berehat selama 11 bulan pada bulan Jun dan memerlukan tujuh mata akhir sebelum menang 3-6, 6-4 dan 7-5.

Pemain berusia 31 tahun itu, kini pada ranking ke-832 dunia, akan menentang rakan senegarany­a yang juga pilihan keempat, Kyle Edmund di pusingan kedua.

Selepas kembali dari pembedahan pinggul pada bulan Januari untuk kejohanan di Queens dan Eastbourne bulan lepas, Murray tidak beraksi pada kejohanan Grand Slam Wimbledon untuk membuat persediaan ke musim di permukaan simen dan kejohanan Grand Slam Terbuka AS.

Perlawanan pertama Murray di permukaan simen sejak hampir 17 tahun itu berubah dramatik pada set kedua dan sekali lagi pada mata penyamaan 5-5 set ketiga.

Murray, di mana pencapaian terbaik beliau di sini ialah muncul naib juara pada 2006, yang juga penampilan sulungnya, mempunyai mata akhir pada permainan ke-10 tetapi mensia- siakan lima peluang, empat daripadany­a dengan kesilapan mudah dan McDonald berjaya mengikat kedudukan 5- 5 pada set ketiga apabila pukulan padu Murray tersangkut di jaring.

Namun Murray meningkatk­an permainann­ya dan memenangi dua mata seterusnya untuk menamatkan perlawanan pada pukul 12.45 pagi waktu tempatan selepas hujan menangguhk­an permainan selama lebih tiga jam.

Pada perlawanan lain, Malek Jaziri dari Tunisia, menempah pertemuan menentang juara bertahan, Alexander Zverev dari Jerman selepas menewaskan Evgeny Donskoy dari Rusia 6-4 dam 6-1.

Pemain wildcard tuan rumah, Noah Rubin, menewaskan Mikhail Youzhny dari Rusia 6-4 dan 6-4 untuk menempah pertemua pusingan kedua menentang pilihan kedua kejohanan dari AS, John Isner. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? AKSI MANTAP: Murray membalas pukulan kencang daripada McDonald pada perlawanan Terbuka Citi di Washington, Amerika Syarikat kelmarin.
— Gambar Reuters AKSI MANTAP: Murray membalas pukulan kencang daripada McDonald pada perlawanan Terbuka Citi di Washington, Amerika Syarikat kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia